Isnin, 26 September 2011

Tanda Harta Yang Berkat

IMAM ALI BIN ABI THALIB ADA MERIWAYATKAN BAHAWA RASULULLAH S.A.W. BERSABDA,

'' APABIL AALLAH TAALA TIDAK MEMBERKATI HARTA SESEORANG MANUSIA ITU, IA DAPAT DILIHAT BAGAIMANA HARTA ITU DIHABISKAN SEUMPAMA MENAKUNG AIR DI TANAH. IA TIDAK MENINGGALKAN APA-APA KESAN SEKALIPUN.''

Perkataan air dan tanah pada hadis di atas lebih merujuk kepada perbuatan membina rumah sebagai tempat tinggal. Rasulullah s.a.w.tidak melarang umatnya membina rumah kediaman. Cuma baginda menegah umatnya membina rumah melebihi kemampuan mereka. Sebagai contoh, seseorang yang berpendapatan yang sangat kecil, tetapi membina rumah melebihi kemampuannya. Apatah lagi apabila rumah yang dibina itu dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk.

Apalah gunanya memiliki kediaman seindah istana jika penghuninya SOMBONG DANBONGKAK. Malahan, ia tidak akan mendatangkan apa-apa feadah sekalipun kepada penghuninya. Apatah lagi feadah kepada orang-orang sekelilingnya. Jika tidakberhati-hati, kediaman yang sebegini boleh mendatangkan rasa MEGAH dan BANGGA DIRIkepada pemiliknya. Ia menyebabkan pemiliknya sombongdengan apa yang dimilikinya. Sifat sebegini tidak sepatutnya ada dalam diri setiap umatIslam. Ini kerana apa sahaja dimiliki tidak akan kekal bersama-sama kita. Apabila kita meninggal dunia kelak, semuanya akan ditinggalkan begitu sahaja, biar sebesar manapun kediaman yang kita miliki. Jika ia besar dan indah sahaja tanpa apa-apa tujuan yang bersifat Rohanidan pendidikanmaka ia dikhuatiri tidak akan membantu pemiliknya di akhirat kelak.

Matlamat utama umat islam dalam mencari rezeki adalah untuk mendapat keberkatan daripadaALLAH S.W.T. Berkat bermaksud apa sahaja yang kita lakukan dan yang kita kumpulkan semasa di dunia menjadi bekal keperluan di akhirat kelak. Dalam konteks ini, setiap manusia perlu seimbangkan keperluandunia dan akhirat. Oleh itu, setiap umat islam perlu mencari keperluan hidup secara Halal semata-mata.

Salah satupetanda harta yang kita miliki itu tidak ada berkatnya adalah apabila dibelanjakan ke arah sesuatu yang sia-sia dan tidak mendatangkan manfaat bukan sahaja kepada dirinya tetapi juga kepada orang lain.Pemiliknya mungkin membazirkan hartanya begitu sahaja tanpa disedarinya. Harta yang berkat adalah harta yang memberikan manfaat bukan sahaja kepada dirinya, tetapi juga kepada orang lain. Jika ia dibelanjakan, pemiliknya akan membelanjakan ke jalan yang baik. Ini soal berkat ataupun tidak berkat. Ia bukan soal sedikit ataupun banyak.

Rasulullah s.a.wmenegah umatnya menunjuk-nunjuk kekayaan yang ada pada diri mereka. Sebaliknya, baginda menggalakkan kekayaan yang ada pada seseorang itu dikongsi bersama-sama mereka yang memerlukan. Untuk itu, bagi mereka yang tergolong dalam golongan orang-orang yang berkemampuan, mereka diwajibkan mengeluarkan sebahagian daripada harta milik mereka untuk diberikan kepada golongan-golongan yang layak menerimanya. Harta-harta ini dikeluarkan dalam bentuk sedekah dan Zakat. Ini sebagai simbol membersihkan harta mereka daripada sesuatu yang Haram…….
Terima Kasih kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan