Isnin, 29 Ogos 2011

Kacang Soya Mengalih Kita Dari Pemakanan Sunnah

Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka. Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita. Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya: Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita. Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak. Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak. Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??). FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita! Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2). (1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.) (2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.) Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum. Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino. Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid (3) yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain. (3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.) Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe . (4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya) Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit. Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka. Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya. Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal. Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya. FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh! FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid. Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan. MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT
Terima Kasih kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Jumaat, 26 Ogos 2011

Kisah Pemuda Malas Solat

Kisahnya bermula di sebuah tempat di salah sebuah Negara Arab. Terdapat seorang pemuda yang sangat liat untuk mendirikan solat. Malah dia tidak mendirikan langsung solat lima waktu. Seorang diri pun berat, apatah lagi secara berjamaah. Setiap kali ada ulama yang berkunjung ke tempat mereka, seringkali jugalah penduduk setempat mengadu kepada ulama yang datang bertandang berkenaan sikap pemuda tersebut. Berkali-kali diberikan nasihat namun sedikitpun tidak memberikan apa-apa kesan kepada anak muda ini. Malah makin menjadi-jadi. “ Awak wajib mendirikan solat lima waktu. Solat merupakan tiang agama kita” kata salah seorang pendakwah kepada pemuda tersebut. “ Emm..insyaAllah kalau saya rajin saya akan buat ye “ jawab pemuda tersebut secara sinis. Begitulah seterusnya. Sehinggalah datang seorang ulama daripada al-Azhar al-Syarif bertandang ke tempat mereka. Aduan yang sama diberikan. Setelah mendengar dengan teliti aduan para penduduk. Maka Ulama ini berkenan untuk bertemu dengan pemuda ini. “ Syeikh pun nak tegur saya juga? Nak suruh saya dirikan solat lima waktu?” sindir pemuda ini bila melihat ulama tersebut datang bertamu ke rumahnya. Ulama tersebut sambil tersenyum menjawab “ Sekadar ingin berkenalan.Tiada langsung niat saya ingin memaksa kamu seperti yang kamu sebutkan”. Pertemuan pertama berjalan dengan lancar. Langsung tidak disentuh oleh ulama tersebut berkenaan solat . Perkara yang dilaksanakan hanyalah sekadar merapatkan tali silaturrahim. Bincang tentang pekerjaan, tempat tinggal, sara hidup dan lain-lain. Pemuda tersebut begitu senang dengan perlakuan Syeikh. Tanpa sedar terselit rasa kagum pada seorang tua berjubah tersebut. Tidak seperti yang selalu datang bertemu dengannya. Setiap kali duduk , terus memberikan peringatan dan dalil-dalil tentang haramnya meninggalkan solat. Akhirnya pemuda ini pula datang berkunjung ke tempat penginapan Syeikh. Maka semakin bertambah mesra pergaulan mereka. Begitulah keadaan seterusnya, Syeikh tetap tidak pernah menyentuh tentang solat. Sehinggalah tiba satu hari, Syeikh memberitahu bahawa beliau akan berangkat pulang ke Mesir. Ini kerana tugas yang diberikan oleh pihak al-Azhar ditempat tersebut telah selesai. Pemuda itu datang bertemu Syeikh. Rasa sedih akan berpisah dengan seorang ulama menyentak-nyentak jiwanya. Sebelum berpisah, Syeikh memeluk Ahmad seraya berkata dengan lembut “ Ahmad, aku ada mendengar suara-suara mengatakan bahawa engkau tidak pernah bersembahyang. Betulkah begitu?”Tersentak Ahmad bila mendengar pertanyaan daripada Syeikh tersebut. “ Memang benar wahai tuan Syeikh. Bukan aku tidak mengetahui bahawa ianya wajib cuma sikap malas yang ada padaku inilah yang menghalang untukku melakukannya”jawab Ahmad memberikan alasan. “Baiklah, kalau begitu, bolehkah kamu tunaikan permintaanku sebelum aku berangkat pulang?” “Permintaan apa itu wahai tuan?” “ Kamu pilih solat mana yang paling ringan untuk kamu dirikan. Satu pun sudah memadai, Boleh?”Tanya Syeikh kepada Ahmad. Terkejut Ahmad mendengar pertanyaan Syeikh. Belum pernah dia dengar solat boleh dipilih-pilih untuk disempurnakan. “ Bolehkah begitu wahai tuan Syeikh?” Tanya Ahmad penuh keraguan. “Boleh tapi hanya untuk kamu sahaja” Jawab Syeikh sambil tersenyum. “ Baik ,dulu kamu pernah ceritakan kepadaku bahwa kamu berkerja sebagai petani bukan? Dan kamu juga sering bangun awal pagi untuk ke kebunmu. Bukankah begitu Ahmad?” Tanya Syeikh kepada Ahmad. “Benar Tuan Syeikh” ”Kalau begitu aku cadangkan kepadamu, alang-alang kamu telah bangun setiap awal pagi , apa kata jika kamu basahkan sedikit sahaja anggota tubuhmu dengan wudhuk dan terus selepas itu dirikan solat subuh dua rakaat. Dua rakaat sahaja, rasanya tidak terlalu berat bukan?” Syeikh memberikan cadangan kepada Ahmad. Ahmad tanpa banyak bicara terus menerima cadangan Tuan Syeikh. Perasaan serba salah menyelinap jiwanya jika dia menolak permintaan syeikh tersebut yang terlalu rapat dengannya. “Janji denganku Ahmad yang kamu tidak akan meninggalkan sekali-kali solat subuh ini di dalam hidupmu. InsyaAllah tahun depan aku akan berkunjung lagi ke sini. Aku berharap agar dapat bertemu denganmu di Masjid setiap kali solat subuh tahun hadapan.Boleh ya Ahmad? Syeikh memohon jaminan daripadanya. “ Aku berjanji akan menunaikannya”. Maka dengan senang hati Tuan Syeikh memohon untuk berangkat pulang ke Mesir. Di dalam hatinya, memohon agar Allah memberikan kekuatan kepada Ahmad untuk melaksanakan janjinya. Tahun berikutnya, setelah Tuan Syeikh sampai di tempat tersebut, beliau benar-benar gembira bilamana melihat Ahmad benar-benar menunaikan janjinya. Namun menurut penduduk setempat, Ahmad hanya solat subuh sahaja. Solat yang lain tetap tidak didirikan. Tuan Syeikh tersenyum. Gembira dengan perubahan tersebut. Suatu pagi setelah selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid. Syeikh memanggil Ahmad. Seraya bertanya: “ Bagaimana dengan janjimu dulu Ahmad.Adakah ada terdapat hari yang engkau tertinggal menunaikan solat subuh?”.Ahmad menjawab dengan yakin : “ Berkat doamu tuan Syeikh, Alhamdulillah sehari pun aku tidak ketinggalan solat jemaah subuh di masjid ini” “Alhamdulillah, bagus sekali kamu. Engaku benar-benar menunaikan janjimu.” “ Mudah sahaja rupanya tunaikan solat ini ya Tuan” “ Perkara yang kamu lakukan tanpa paksaan pasti akan kamu rasakan mudah sekali. Yang penting jangan rasakan ianya suatu paksaan .Tetapi anggap ianya suatu kegemaranmu. Seperti kamu berkebun. Tiada yang memaksa, tetapi disebabkan minatmu yang mendalam terhadap kerja-kerja itu, maka tanpa disuruh kamu akan melaksanakannya bukan?”Syeikh menerangkan kepada Ahmad. “ Benar apa yang tuan katakan.Perkara yang kita lakukan dengan minat, tanpa dipaksa pun akan kita laksanakan” “Ahmad, kamu habis bekerja pukul berapa ya?” Tanya Syeikh kepada Ahmad. “ Ketika azan Zohor aku berhenti untuk makan , kemudian aku sambung kembali kerja sehingga hampir Asar” “Pasti kamu bersihkan sedikit dirimu bukan ? Membasuh tangan dan kaki untuk duduk menjamah makanan? Benar Ahmad?” Tanya Syeikh meminta kepastian. “Ya benar Tuan” “ Kalau begitu, apa pendapatmu jika aku mencadangkan agar engkau lebihkan sedikit basuhanmu itu. Terus niatkan ianya sebagai wudhuk. Selesai makan, terus dirikan solat zohor empat rakaat. Sekadar empar rakaat tidak lama rasanya bukan? Takkan terjejas tanamanmu agaknya?” Kata Syeikh berseloroh kepada Ahmad. Ahmad tertawa dengan gurauan Tuan Syeikh. “ Betul juga apa yang disebutkan oleh tuan. Baiklah mulai hari ini saya akan cuba laksanakannya”. Jauh disudut hati Syeikh berasa sangat gembira dengan perubahan yang berlaku kepada Ahmad. Setelah selesai kerja Syeikh di tempat tersebut. Beliau berangkat pulang ke Mesir. Beliau berjanji untuk datang semula pada tahun hadapan. Begitulah keadaannya Ahmad. Setiap tahun Syeikh bertandang, maka setiap kali itulah semakin bertambah bilangan solat yang dilakukan. Kini masuk tahun ke lima Syeikh bertandang ke tempat tersebut. Ahmad seperti biasa hanya mendirikan solat empat waktu kecuali Isya’. Selesai menunaikan solat Maghrib. Terus beliau berangkat pulang ke rumah. Suatu hari semasa Tuan Syeikh melihat Ahmad hendak berangkat pulang setelah menunaikan solat Maghrib berjemaah. Terus beliau memanggil Ahmad. “ Bagaimana dengan kebunmu Ahmad? Bertambah maju?” Syeikh memulakan bicara. “ Alhamdulillah, semakin bertambah hasilnya Tuan” “ Baguslah begitu.Aku sentiasa doakan hasilnya semakin bertambah.”Doa Tuan Syeikh kepada Ahmad. “ Ahmad, aku ingin bertanya kepadamu sebelum engkau pulang. Cuba engkau perhatikan dengan baik. Apa lebihnya kami yang berada di dalam masjid ini berbanding kamu? Dan Apa kurangnya kamu berbanding kami yang berada di dalam masjid ini?” Ahmad tunduk sambil memikirkan jawapan yang patut diberikan. “ Lebihnya kamu semua adalah kerana kamu mendirikan solat Isya’, sedangkan aku tidak menunaikannya” “Baiklah, adakah kamu ingin menjadi orang yang lebih baik daripada kami semua?”Tanya Tuan Syeikh menguji. “Sudah tentu wahai Tuan Syeikh” jawab Ahmad dengan penuh semangat. “ Kalau begitu dirikanlah solat Isya’. Maka engkau tidak lagi kurang berbanding kami.Malah engkau akan menjadi lebih baik daripada kami” Syeikh memberikan jawapan yang cukup berhikmah kepada Ahmad. Akhirnya, berkat kesabaran Tuan Syeikh mendidik Ahmad.Beliau berjaya menjadikan Ahmad seorang yang tidak lagi meninggalkan solat. Lima tahun bukanlah masa yang singkat untuk memberikan dakwah sebegini. Kesabaran dan hikmah yang tinggi sangat-sangat diperlukan demi menyampaikan risalah dakwah. Berbeza dengan kita sekarang. Sekali kita bercakap, harapan kita biar sepuluh orang berubah dalam sekelip mata. Oleh kerana itulah, bilamana orang menolak dakwah kita, kita mencemuh, mengeji dan mengatakan bahawa semua sudah lari daripada jalan dakwah.Lari daripada jalan kebenaran.
Terima Kasih kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Rabu, 24 Ogos 2011

Merdeka Seorang Remaja

TANGGAL 31, bulan lapan lima puluh tujuh, merdeka merdeka, tetaplah merdeka, ia pasti menjadi sejarah.' Bait-bait lagu bertemakan kemerdekaan, dendangan Allahyarham Sudirman Haji Arshad itu begitu mendalam maknanya dan mampu meruntun jiwa sesiapa sahaja yang mendengarnya. Lagu ini merupakan antara medium yang berpaksikan matlamat untuk menghargai, menghayati dan menjiwai semangat kemerdekaan. Justeru, dalam meniti detik kemerdekaan tanah air buat kali ke-51 pada tahun ini, menjadi suatu kewajipan untuk semua rakyat Malaysia menanam rasa bangga dengan kemerdekaan yang tidak ternilai harganya ini. Ungkapan peribahasa 'Melentur buluh biarlah dari rebungnya' menjelaskan bahawa dalam usaha memupuk semangat cintakan negara dan menghayati pengertiannya dalam kalangan anak-anak, khususnya remaja, mereka perlu diberi pendekatan bahawa merdeka bukan sekadar bererti bebas daripada penjajah sehingga boleh melakukan apa sahaja yang melampaui tatasusila, budaya, keagamaan dan perundangan. Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali, menjelaskan, sama ada kanak-kanak atau golongan muda, mereka perlu diserapkan dengan nilai-nilai patriotisme serta menghayati kemerdekaan negara yang sebenar menerusi didikan. "Selain mendidik mereka tentang sejarah kemerdekaan, mereka juga perlu didedahkan dengan kefahaman dan tanggungjawab mendaulatkan martabat bangsa, agama dan negara. "Walaupun kemerdekaan perlu ditafsir dan dipupuk kepada golongan muda seawal usia setahun jagung, masih belum terlewat untuk kita memberi penghayatan kemerdekaan kepada mereka," katanya. Suzana juga berkata, tidak semua daripada remaja hari ini mencapai kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar. "Selama 51 tahun yang lalu, penduduk berusaha untuk memerdekakan tanah air daripada penjajah. Walaupun negara kita telah mencapai kemerdekaan, malangnya hari demi hari, jiwa dan pemikiran kebanyakan daripada rakyat Malaysia masih dijajah. Ini termasuklah kebanyakan anak-anak muda yang lahir selepas tarikh bersejarah tersebut. "Ramai dalam kalangan kita terikut-ikut dengan budaya hidup bekas penjajah. Dan ramai yang tidak sedar bahawa penjajah sentiasa berusaha untuk menakluk jiwa masyarakat kita. "Buktinya, ramai masyarakat hari ini yang hidup tidak berlandaskan ajaran Islam dan lebih memuja budaya barat, banyak terlibat dalam aktiviti yang merosakkan diri, bangsa, agama dan boleh memundurkan negara," Selain itu, jelasnya, terdapat faktor lain yang mempengaruhi atau mendekatkan anak-anak remaja yang belum lagi mencapai kemerdekaan sejati. Antaranya seperti berikut: Kurang didikan agamaIslam menekankan ketinggian ilmu dan kesempurnaan akhlak. Apabila dua aspek utama ini tidak diamalkan dalam kehidupan, memang sukar untuk mencapai kemerdekaan yang sebenarnya. Islam tidak mengenepikan tuntutan untuk belajar ilmu, selain ilmu agama. Namun, ilmu agama adalah subjek yang wajib dipelajari dan diamalkan agar kesempurnaan akhlak dapat dikekalkan, barulah generasi itu betul-betul merdeka. Kelemahan bimbingan dan perhatian ibu bapaPengaruh luar (penjajah) telah berjaya mengalih perhatian ibu bapa daripada tanggungjawab menguruskan anak-anak kepada mencari kekayaan. Anak-anak yang tidak memperoleh bimbingan dan perhatian penuh daripada ibu bapa, mudah terikut-ikut dengan budaya yang tidak sihat. Malah, anak-anak yang tidak dipantau pergerakan hariannya dan siapa rakan mereka juga, sukar untuk mencapai kemerdekaan diri yang sepenuhnya. Pengaruh media Media berperanan penting dalam membentuk akhlak, begitu juga sebaliknya. Anak-anak yang 'jauh' daripada ibu bapa akan berusaha untuk mencari 'ubat kesepian' dan ubat paling mudah ialah media, sama ada elektronik atau media cetak. Bila ilmu tiada dan jiwa pula kosong, anak-anak lebih mudah terpengaruh dengan unsur-unsur yang menghiburkan dan dalam masa yang sama tidak memberikan manfaat kepada kehidupan mereka. Pengaruh rakanPengaruh rakan sebaya adalah faktor pemangkin paling kuat. Anak-anak akan lebih mudah percayakan rakan-rakan berbanding ibu bapa kerana faktor usia yang kononnya, lebih memahami jiwa mereka. Lantaran itulah, ibu bapa perlu mengenali rakan anak masing- masing. Dalam bentuk pendekatannya pula kata Suzana, sebagai ibu bapa dan golongan bertanggungjawab, kaedah paling utama dalam memerdekakan anak-anak ialah kesedaran ibu bapa itu sendiri. "Masih ramai ibu bapa yang terlupa tentang hakikat hidup sebenar di dunia ini. Ada yang tidak tahu tanggungjawab dan kewajipan sebenar sebagai ibu bapa. "Setiap ibu bapa wajib melaksanakan tanggungjawab kepada anak-anak mereka. Kegagalan mereka berbuat demikian bukan sahaja menyusahkan mereka di kemudian hari, malah menyusahkan ahli masyarakat lainnya," tegasnya. Dalam membentuk jati diri dan semangat merdeka anak-anak, pihak berkuasa merupakan pihak kedua yang bertanggungjawab memantau setiap aktiviti hiburan yang diketengahkan. "Mereka perlu lebih tegas dalam memantau setiap aktiviti masyarakat termasuklah program hiburan. Tidak salah berhibur, tetapi janganlah mengikut hiburan budaya barat yang rata-ratanya merosakkan akhlak. "Selain itu, program-program ilmu perlu lebih diperhebat, bukannya berebut mencari idola yang tidak menguntungkan negara dan agama," ujarnya. Menurutnya, menjadi tanggungjawab setiap masyarakat untuk menyedarkan setiap penghuninya yang lalai. Kaedah paling berkesan ialah kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Ini dapat dilihat apabila ramai masyarakat hari ini yang hanya Islam pada nama, sebaliknya amalan dan cara hidup langsung tidak berlandaskan ajaran Islam.
Terima Kasih kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Kecederaan Di kalangan Kanak-kanak

Anak merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Sebagai ibu bapa, kita mahu memberikan yang terbaik untuk anak-anak dan ini bukanlah sesuatu yang mudah.Kita sering bimbang tidak menentu tentang pemakanannya, tumbesaran, kesihatan, perkembangan, pelajaran dan bermacam-macam lagi.Bagaimanapun, satu daripada kebimbangan yang paling ketara ialah keupayaan kita sebagai ibu bapa untuk melindungi anak-anak daripada kecelakaan dan bahaya.Mungkin di kalangan kita menyalahkan ibu bapa atau penjaga kanak-kanak terbabit yang gagal mengawasi atau memberi perhatian sehingga menyebabkan kemalangan seperti itu berlaku. Begitu pun, ibu bapa atau orang dewasa lain tidak wajar dipersalahkan sepenuhnya jika kejadian seperti itu menimpa. Menurut Pengarah KALAN, Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia' (UTM), Skudai, Johor, Profesor Madya Dr. Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi,42, aktiviti cergas merupakan perkara biasa bagi kanak-kanak. Katanya, sudah menjadi lumrah atau sifat naluri semula jadi kanak- kanak yang sentiasa bergerak aktif atau berkeinginan untuk mengetahui dan melakukan sesuatu yang mungkin bakal memudaratkan diri mereka. Sering disebut orang malangtidak berbau. Namun, sesuatu yang buruk mungkin dapat dielak jika seseorang mengambil langkah berjaga-jaga dan berhati-hati. Terjatuh (disebabkan oleh tergelincir, tersandung, terlanggar atau terhantuk) menjadi punca utama kecederaan sambil disusuli oleh luka dan tercucuk benda-benda tajam. Begitu juga halnya dalam kejadian kanak-kanak terjatuh dari kediaman bertingkat yang semakin kerap berlaku akhir-akhir ini. Terbaru membabitkan kanak-kanak berusia tiga tahun, Nurul Ain Ashikin Shahbudin, yang terjatuh dari tingkat 14, Flat Pelangi Damansara, Petaling ]aya, Selangor. Kejadian malang yang menyedihkan itu sepatutnya boleh dielak dan tidak sepatutnya berlaku apatah lagi kepada kanak-kanak. Kejadian kanak-kanak jatuh daripada rumah pangsa, kondominum atau kediaman yang bertingkat atau sebagainya telah banyak dipaparkan dalam media sejak akhir-akhir ini. Kemalangan itu bukan sahaja menyebabkan kecederaan parah, malah kebanyakannya membawa maut kepada kanak-kanak yang terbabit. kanak-kanak terjatuh dalam baldi di bilik air harus dijadikan iktibar kepada ibu bapa. Ini kerana bilik air boleh menjadi tempat berbahaya jika dibiarkan kanak-kanak bawah usia enam tahun bermain atau mandi sendirian kerana mereka boleh jatuh kerana licin.Berikut adalah panduan keselamatan di bilik air: Pastikan jubin bilik mandi jenis tidak licin. Banyak kecederaan patah tulang dan terseliuh disebabkan terjatuh. Pastikan semua tempat simpanan air ditutup selepas digunakan kerana kanak-kanak boleh terjatuh ke dalamnya dan lemas. Mereka boleh lemas di dalam air yang sedikit di dalam baldi, walaupun ia hanya sedalam 15 - 30 sentimeter. Bayi dan kanak-kanak kecil yang dimandikan tidak boleh ditinggalkan sendirian, walaupun sekejap. Mereka mungkin jatuh tertonggeng dan lemas. Bawa bayi anda bersama jika anda terpaksa mengalih perhatian kepada sesuatu dalam keadaan tergesa-gesa. Jangan sekali-kali mandikan anak kecil di dalam sinki kerana ini boleh menyebabkan kecederaan mereka terhantuk pada tepi sinki dan akan berlaku retak tempurung kepala atau pendarahan otak. Kanak-kanak harus dimandikan di dalam besen di atas lantai supaya mereka tidak mudah jatuh Anak yang jatuh dari ketinggian 2 atau 3 kaki boleh cedera teruk. Rumah anda mempunyai sesuatu kawasan di mana anak boleh ditimpa kecederaan ini. Kawasan yang berbahaya ialah di tangga, tingkap dan berandah. Oleh itu, ibu bapa mesti sentiasa berwaspada. Ibu bapa yang memberi perhatian kepada prinsip-prinsip berikut boleh mengelakkan kecederaan.Jangan tinggalkan bayi bersendirian di katil, sofa atau meja menukar lampin. Jika hendak menjawab telefon atau membuat kerja lain, bawa bayi bersama. Pastikan tangga tidak gelap dan tiada barang-barang bertaburan. Kawasan tangga bukannya tempat untuk bermain. Gunakan pagar keselamatan di atas dan di bawah tangga untuk mengelakkan anak daripada turun naik tangga sesuka hati. Jauhkan anak daripada bermain di berandah atau bumbung rumah. Jauhkan perabot dari tingkap kerana anak boleh memanjat perabot yang berhampiran. Jangan tinggalkan anak yang berumur 1-2 tahun di dalam bilik mandi bersendirian. Pastikan jubin bilik mandi daripada jenis yang tidak licin. Untuk memahami bagaimana hendak mencegah dari berlakunya kemalangan , tiga faktor mesti diambil kira . Faktor hos tidak boleh diubah . Ibu bapa mesti memahami kebolehan bayi atau kanak - kanak kerana ini akan menentukan jenis kemalangan yang akan berlaku . Faktor agen boleh dikawal . Benda - benda yang beracun , senjata - senjata , alat - alat yang merbahaya boleh disimpan ditempat yang tidak boleh diambil oleh kanak - kanak .Faktor persekitaran boleh diubahsuaikan . Kalau bayi dibawa naik kereta , tali kelendar dipasangkan dan pintu dikunci dengan ' child lock ' . Mestilah juga ditentukan tidak ada benda yang merbahaya seperti api atau kolam renang yang terdedah . Bayi mestilah diletakkan didalam tempat tidur atau tempat permainan yang selamat . Jalanraya adalah tidak selamat untuk kanak - kanak di bawah usia tujuh tahun . Mereka tidak patut dibiarkan berjalan atau berbasikal perhatian dari orang dewasa . Disiplin dijalan raya mesti disemaikan sebelum mereka boleh dibiarkan bersendirian . Kesimpulannya berbagai - bagai kemalangan boleh berlaku kepada kanak - kanak . Jika faktor - faktor yang boleh mendatangkan kemalangan difahami dan langkah - langkah yang sewajarnya diambil , kebanyakkan kemalangan di kalangan kanak - kanak boleh dicegah .
Terima Kasih kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Penyakit kencing manis

Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya. Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai: Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah. Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit). Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, India, Cina, dan Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit kencing manis, seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 SM. Pakar perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua jenis berlainan semenjak abad ke lima lagi. Nama lain kencing manis, diabetes yang bererti pancur air, dinamakan oleh pakar perubatan Yunani (Greek), Areteus dari Cappadocia semenjak 2,000 tahun dahulu. Perkataan mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing. Diabetes Melitus atau secara amnya dikenali sebagai kencing manis, merupakan satu penyakit kronik (tidak boleh pulih sepenuhnya) dan hampir 8-9% masyarakat dewasa di Malaysia mengidap penyakit ini. Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat sama ada semut menghurungi tempat tersebut. Bukti kaitan kelenjar pankreas dengan punca penyakit kencing manis dijumpai pada tahun 1897, apabila dua orang pakar sains, Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan membuang kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing manis. Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis yang berkesan hanya diketahui pada 1921 apabila Frederick G. Banting dan Best menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glukos dalam darah. Diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat ini belum ada ubat yang dapat menyembuh penyakit diabetes tetapi penyakit ini boleh dikawal dengan cara berikut: Penjagaan pemakanan dan berat badan Kerap bersenam Pengubatan Pemakanan pesakit Diabetes seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang. Pesakit diabetes boleh menjalani kehidupan yang normal dengan syarat pesakit itu dikawal dengan betul. Lebih kurang 40% pesakit diabetes mampu mengawal keadaan penyakit mereka dengan menjaga pemakanan dan bersenam. Manakala selebihnya adalah dengan mengambil sama ada ubat (pil) dan/atau suntikan insulin di samping pemakanan yang sihat dan bersenam. Walau apa pun ubat yang diambil, perkara-perkara berikut perlu diketahui dan dipatuhi : Bila hendak mengambil/makan ubat dan berapa banyak ubat yang perlu diambil? Jenis rawatan yang diterima? Dimana hendak mendapat ubat?
Terima Kasih kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Selasa, 23 Ogos 2011

Taubat digalakkan

SATU perkara yang turut digalakkan pada Ramadan adalah bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang kesalahan dan dosa selama ini. SATU perkara yang turut digalakkan pada Ramadan adalah bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang kesalahan dan dosa selama ini. Setiap manusia tidak terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: “Setiap anak Adam tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan sebaik-baik orang daripada kalangan yang berdosa itu ialah yang bertaubat kepada Allah.” (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah) Justeru, wajar bagi setiap Muslim bermuhasabah terhadap segala amalan dan seterusnya bertaubat kepada Allah biarpun sekecil mana kesalahan itu. Perlu diinsafi bahawa amalan bertaubat tidak boleh ditunda atau ditangguhkan kepada waktu yang lain kerana ajal maut akan datang menjemput manusia pada bila-bila masa. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba, selama (nyawanya) belum sampai pada kerongkong.” (Hadis riwayat at-Tirmizi) Rasulullah juga bersabda bermaksud: “Barang siapa bertaubat sebelum matahari terbit dari Barat, nescaya Allah menerima taubatnya.” (Hadis riwayat Muslim) Perkara ini disebabkan jika matahari terbit dari Barat maka, pintu taubat serta merta ditutup. As-Salafu Solihu mengetahui nilai taubat, lalu mereka sentiasa melakukan taubat. Perkara ini kerana orang yang berakal apabila memiliki harta yang banyak, kemudian habis tanpa ada faedah yang kembali kepadanya, tentulah dia berasa sesal. Begitulah umur bagaikan modul untuk membeli nikmat syurga. Alangkah ruginya umur itu hilang begitu saja tanpa bertaubat. Rasulullah bersabda bermaksud: “Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali.” (Hadis riwayat Muslim). Jika Rasulullah yang sudah dijanjikan syurga Allah pada akhirat nanti bertaubat hingga 100 kali sehari, apatah lagi umat yang kerdil ini yang sentiasa dibayangi dosa. Oleh itu, marilah kita bertaubat bersungguh-sungguh kepada Allah kerana tidak ada antara kita yang tidak terlepas daripada melakukan dosa.
Terima Kasih kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Isnin, 22 Ogos 2011

MERCUN

Mercun ialah sejenis perkakas letupan kecil yang direka terutamanya untuk menghasilkan bunyi bising yang amat kuat, terutamanya dalam bentuk dentuman kuat; apa-apa kesan visual turut bersampingan dengan tujuan ini. Mercun mempunyai sumbu dan dibalut dengan longsongan kertas yang sangat tebal agar dapat menampung letupan besar. Mercun, serta bunga api kini dipercayai berasal dari China. Mercun secara umumnya digunakan semasa pesta ataupun cuti perayaan, seperti Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat, Deepavali, Hari Raya dan Tahun Baru Cina. Mercun juga digunakan oleh masyarakat Vietnam semasa pesta Tết terutamanya pada tengah malam Giao Thừa (Malam Tahun Baru). Mercun dipercayai kononnya boleh menghalau semangat jahat serta menarik dewa kekayaan ke pintu rumah. Sepanjang perayaan musim bunga pada tahun 2006, mercun dan bunga api sejumlah AS$ 124 juta telah dinyalakan di Tanah Besar China. Mercun adalah satu permainan kanak-kanak. Secara umumnya, semua mercun diklasifikasikan sebagai bahan letupan berkuasa rendah. Oleh itu, terdapat beberapa negara yang mengharamkan pembakaran mercun kerana beberapa sebab, antaranya pencemaran bunyi, risiko kecederaan serta risiko kebakaran. Di Malaysia, pembakaran mercun kini diharamkan seperti yang termaktub di dalam Akta Bahan Letupan pindaan tahun 1991 akibat peningkatan kadar kecederaan di kalangan kanak-kanak (terutamanya dari kaum Melayu) semasa musim perayaan Hari Raya. Ironinya, kes kecederaan akibat bermain mercun terus meningkat saban tahun kerana kanak-kanak Melayu beralih kepada mercun buatan sendiri seperti meriam buluh sebagai alternatif kepada mercun komersial. Di Singapura, larangan separa terhadap pembakaran mercun dikuatkuasakan pada Mac 1970 selepas satu kebakaran yang mengorbankan enam orang dan mencederakan 68 yang lain.[1] Ini seterusnya membawa kepada pengharaman penuh pada Ogos 1972, selepas satu letupan yang membunuh dua orang[2] serta serangan terhadap dua anggota polis yang cuba menghalang satu kumpulan orang ramai daripada membakar mercun pada Februari 1972.[3] Walau bagaimanapun, pada tahun 2003, kerajaan membenarkan kembali mercun dibakar semasa musim perayaan. Pada tengah malam Tahun Baru Cina di Chinatown, mercun dibakar tetapi di bawah syarat-syarat kawalan yang dikenakan oleh Lembaga Pelancongan Singapura. Perayaan lain di mana mercun dibenarkan untuk dibakar ditentukan oleh Lembaga Pelancongan Singapura. Namun demikian, penjualan mercun secara komersial diharamkan sama sekali.
Terima Kasih kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Lailatul Qadar tanda manusia dikasihi Allah

SALAH satu keagungan, keistimewaan dan kemuliaan Ramadan ialah satu malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam yang hanya muncul pada 10 hari terakhir Ramadan itu lebih dikenali sebagai Lailatul Qadar. Rasulullah (SAW) sendiri memohon kepada Allah agar malam bersejarah yang penuh hikmah itu menemuinya. Dalam hal ini, Rasulullah (SAW) pernah bersabda bermaksud: ?Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) datang kepada kamu, dalamnya ada malam di mana amalan ibadat yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah. ? (Hadis riwayat Ibnu Majah) Dalam satu hadis lain, Rasulullah (SAW) bersabda maksudnya: ?Sesiapa yang beribadah pada Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada keredaan Ilahi, nescaya dia akan diampuni segala dosanya yang lampau.? ? (Hadis riwayat Muslim ) Keistimewaan Lailatul Qadar diserikan lagi penurunan wahyu al-Quran untuk pertama kalinya kepada Rasulullah sewaktu baginda berada di Gua Hira. Selepas itu al-Quran mula diturunkan secara berperingkat-peringkat dan beransur-ansur selama lebih kurang 23 tahun iaitu 13 tahun di Makkah dan 10 tahun lagi di Madinah al-Munawwarah. Peristiwa bersejarah penurunan al-Quran diabadikan Allah dalam helaian al-Quran. Antaranya firman Allah bermaksud: ?Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada Lailatul Qadar. Dan apa jalannya kamu dapat mengetahui apa dia kebesaran Lailatul Qadar? Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut). Sejahteralah malam (yang berkat itu) hingga terbit fajar.? (Surah al-Qadr, ayat 1-5). Jelas daripada mafhum ayat suci di atas bahawa Lailatul Qadar akan muncul pada setiap Ramadan sebagai anugerah Ilahi dan rahmat Allah yang hanya dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad. Malam yang penuh bersejarah itu dinilai sebagai malam yang lebih baik dan lebih banyak ganjarannya daripada seribu bulan . Ulama bersepakat bahawa Lailatul Qadar berlaku pada Ramadan. Begitu juga mereka bersepakat malam itu berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan. Namun mereka berselisih pendapat mengenai malam ke berapa daripada 10 malam terakhir itu. Pendapat yang masyhur menyatakan bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam ke-27 Ramadan. Sehubungan itu, Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya: ?Barang siapa yang ingin mendapatkan Lailatul Qadar, dia hendaklah mencari pada malam ke-27.? ? (Hadis riwayat Ahmad) Ada juga riwayat lain yang mengatakan malam mulia itu berlaku pada malam-malam ganjil 10 hari terakhir. Walau apapun harinya, yang pentingnya pada malam itu Allah menurunkan rahmat, limpahan kurnia dan keampunan-Nya kepada hamba-Nya yang melaksanakan ibadat puasa dengan penuh keimanan. Kelebihan Lailatul Qadar tentu tidak akan dianugerahkan kepada sebarangan orang dan tidak pula diberikan kepada orang yang ibadahnya hanya pada malam tertentu saja dalam Ramadan. Akan tetapi fadilat malam mulia itu akan menyinari orang yang benar-benar ikhlas, khusyuk dan istiqamah dalam mempertahankan nilai keIslaman dalam setiap tutur kata, peri laku, akhlak, ibadat dan kegiatan sehariannya. Hadirnya malam penuh berkat itu akan dinantikan dan disambut dengan penuh keyakinan dan keimanannya, sekali gus melayakkan dirinya termasuk dalam kelompok orang yang dilimpahi kenikmatan syurga dan kebahagiaan abadi. Menurut sejarah Islam, Lailatul Qadar pertama kali menemui Rasulullah (SAW) ketika baginda sedang khusyuk menyendiri di Gua Hira, bermuhasabah dan merenung diri sendiri dan masyarakat sekeliling. Tidak berapa lama kemudiannya, datang al-Ruh al-Amin iaitu malaikat Jibril membawa bersama wahyu Ilahi untuk membimbing baginda sehingga berlakulah perubahan secara menyeluruh dalam setiap detik dan perjalanan hidupnya. Ia juga membawa perubahan kepada detik dan perjalanan hidup umat manusia sejagat. Selanjutnya, Lailatul Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah (SAW) dan umatnya sebagai tanda kasih sayang-Nya dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Justeru, amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan yang dilakukan selama seribu bulan. Lebih-lebih lagi, apabila dibanding dengan umur nabi dan umat terdahulu. Usia baginda dan umatnya adalah pendek. Contohnya, Nabi Nuh dikurniakan Allah umur selama 950 tahun. Maka, Lailatul Qadar adalah kurniaan sangat besar nilainya bagi umat Nabi Muhammad saw. Ini kerana lamanya waktu seribu bulan apabila dihitung dalam kiraan tahun ialah selama 80 tahun lebih. Tambahan pula, angka itu jauh lebih banyak berbanding dengan umur umat Nabi Muhammad saw yang rata-ratanya dalam sekitar 60 tahun saja. Kerana keutamaan inilah, Rasulullah (SAW) amat menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan Lailatul Qadar yang penuh keberkatan. Dalam hal ini, memadailah Rasulullah (SAW) sebagai model yang menampilkan teladan terpuji untuk diikuti oleh umat Islam seluruhnya dalam menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan. Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf dan membangunkan keluarganya agar lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari. Rasulullah (SAW) juga tidak mendekati isteri-isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat dalam masjid seperti solat Tahajud, solat Witir, solat Tarawih, berzikir kepada Allah serta membaca dan tadarus al-Quran. Baginda juga sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara doa yang sering baginda baca ialah doa bermaksud: ?Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih.? Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan kebajikan akhirat saja, malah untuk memantapkan lagi langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah. Ini kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan, di samping disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah. Selain itu, setiap Muslim dianjurkan agar bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang kesalahan dan dosa. Tambahan pula, setiap manusia pada dasarnya tidak akan terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah.
Terima Kasih kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Rabu, 17 Ogos 2011

Nuzul Quran

NUZUL AL-QURAN Sejarah al-Quran: Antara peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185) Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw. Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman. Erti Nuzul al-Quran: ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.1 Nama-Nama Lain: Selain disebut al-Quran, ia juga disebut al-Kitab, al-Furqan, An-Nur, al-Zikr dan lain-lain. Proses Penurunan al-Quran: Al-Quran diturunkan beransur-ansur dalam masa 23 tahun.13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. Kehebatan al-Quran: Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Israa’, ayat 88) Orang yang membaca, menghafaz dan melihat sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala. Al-Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta ayat yang menyerupai al-Quran. Firman Allah yang bermaksud: “ dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya, ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yang benar.”(al-Baqarah, ayat 23). Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi saw. Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia al-Quran secara menyeluruh sehingga hari ini. Ini bererti sifat kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan al-Quran secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan mendalam kekal terpelihara hingga kiamat. Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang bermaksud: “Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (al-Baqarah, ayat 2)2 Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dengan maksud: ‘Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.” Tuntutan al-Quran: Sesungguhnya al-Quran mempunyai tiga hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya. Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya. Hak untuk bertakbir atau memahami makna dan menjiwai kehidupan. Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya. Peringatan: Al-Quran untuk dibaca buka dijadikan perhiasan. Al-Quran tidak menjadi syifa’ (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim. Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa. Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah. Pesan Nabi saw: Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis). Semoga Ramadan kali ini membawa rahmat buat kita semua. Amin.
Terima Kasih kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Selasa, 16 Ogos 2011

ikan talipia bakar . . sedapnyeerrrrr

alhamdulillah . . hari ni dh 16 hari berpuase . . hari ni ingat nk makan ikan talipia bakar . . td dh order ngan rashid ikan talipia . . nnt balik keje nk bakar . .
resipi ni aku amik kat internet je . . hehehehe . . Bahan-bahan utama 2 ekor ikan talapia - di potong mengepak (bukan nak terbang ye) Bahan-bahan lain 6 biji cili hidup* 5 sudu makan cili kisar 5 biji bawang kecil* 4 biji bawang putih* 1 biji bawang besar* 3 batang serai* 1 1/2 inci halia* 1 inci lengkuas* 1 inci kunyit hidup* 1 helai daun kunyit* 1 sudu makan gula melaka 1 sudu makan gula castor 1/2 sudu teh jus asam jawa adabi-klu yg biasa bubuh 1 sudu makan garam secukupnya minyak dan daun pisang 2 biji limau kasturi-ambil jus. 2 helai daun limau purut-disiat Cara-caranya 1. Kisar semua bahan bertanda *. 2. Masukkan minyak dan tumis semua bahan sehingga naik minyak. 3. Masukkan gula melaka, gula castor, jus asam jawa dan garam. 4. Rasa dulu cukup atau tidak asam garam....barulah di padam api. Sejukkan. 5. Bersihkan ikan dan perapkan ikan bersama garam dan jus limau kasturi. 6. Biarkan selama 10-15 minit baru di cuci bersih. 7. Lumurkan sambal ke atas ikan. Campurkan daun limau purut yang telah disiat ke atas ikan. Alas dengan alumanium foil..pastu alaskan dengan daun pisang. 8. Kali ni bakar dalam oven aje...(penyakit M datang..malas nak bakar atas arang)sampai ikan masak dan perah asam limau ke atas ikan tadi sebelum dihidangkan.. harap2 xhangus lah ikan bakar ku ptg ni . .hehehe. . selamat mencuba...
Terima Kasih kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Keutamaan bulan Ramadan dan keutamaan beramal di dalamnya

Keutamaan bulan Ramadan dan keutamaan beramal di dalamnya 1. Ertinya : Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra: Bahwa sesungguhnya Rasulullah saw. pernah bersabda : Ketika datang bulan Ramadan: Sungguh telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu untuk puasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, Setan- Setan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilanya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya (tidak beramal baik didalamnya), sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini). ( HR. Ahmad, Nasai dan Baihaqy. Hadits Shahih Ligwahairihi). 2. "Diriwayatkan dari Urfujah, ia berkata : Aku berada di tempat 'Uqbah bin Furqad, maka masuklah ke tempat kami seorang dari Sahabat Nabi saw. ketika Utbah melihatnya ia merasa takut padanya, maka ia diam. ia berkata: maka ia menerangkan tentang puasa Ramadan ia berkata : Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda tentang bulan Ramadan: Di bulan Ramadan ditutup seluruh pintu Neraka, dibuka seluruh pintu Jannah, dan dalam bulan ini Setan dibelenggu. Selanjutnya ia berkata : Dan dalam bulan ini ada malaikat yang selalu menyeru : Wahai orang yang selalu mencari/ beramal kebaikan bergembiralah anda, dan wahai orang-orang yang mencari/berbuat kejelekan berhentilah ( dari perbuatan jahat) . Seruan ini terus didengungkan sampai akhir bulan Ramadan." (Riwayat Ahmad dan Nasai ) 3. " Diriwayatkan dari Abi Hurairah ra. Sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda : Solat lima waktu, solat Jum'at sampai solat Jum'at berikutnya, puasa Ramadan sampai puasa Ramadaan berikutnya, adalah menutup dosa-dosa (kecil) yang diperbuat diantara keduanya, bila dosa-dosa besar dijauhi." ( H.R.Muslim) 4. "Diriwayatkan dari Abdullah bin Amru, bahwa sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda: puasa dan Qur'an itu memintakan syafa?at seseorang hamba di hari Kiamat nanti. puasa berkata : Wahai Rabbku, aku telah mencegah dia memakan makanan dan menyalurkan syahwatnya di siang hari, maka berilah aku hak untuk memintakan syafa'at baginya. Dan berkata pula AL-Qur'an : Wahai Rabbku aku telah mencegah dia tidur di malam hari ( karena membacaku ), maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya. Maka keduanya diberi hak untuk memmintakan syafaat." ( H.R. Ahmad, Hadits Hasan). 5. "Diriwayatkan dari Sahal bin Sa'ad : Sesungguhnya Nabi saw telah bersabda : bahwa sesungguhnya bagi Jannah itu ada sebuah pintu yang disebut " Rayyaan". Pada hari kiamat dikatakan : Dimana orang yang puasa? ( untuk masuk Jannah melalui pintu itu), jika yang terakhir diantara mereka sudah memasuki pintu itu, maka ditutuplah pintu itu." (HR. Bukhary Muslim). 6. Rasulullah saw. bersabda : Barangsiapa puasa Ramadhan karena beriman dan ikhlas, maka diampuni dosanya yang telah lalu dan yang sekarang ( HR.Bukhary Muslim). KESIMPULAN : Kesemua Hadits di atas memberi pelajaran kepada kita, tentang keutamaan bulan Ramadhan dan keutamaan beramal didalamnya, diantaranya : Bulan Ramadhan adalah: . Bulan yang penuh Barakah. . Pada bulan ini pintu Jannah dibuka dan pintu neraka ditutup. . Pada bulan ini Setan-Setan dibelenggu. . Dalam bulan ini ada satu malam yang keutamaan beramal didalamnya lebih baik daripada beramal seribu bulan di bulan lain, yakni malam LAILATUL QADR. . Pada bulan ini setiap hari ada malaikat yang menyeru menasehati siapa yang berbuat baik agar bergembira dan yang berbuat ma'shiyat agar menahan diri. (dalil 1 & 2). Keutamaan beramal di bulan Ramadhan antara lain : . Amal itu dapat menutup dosa-dosa kecil antara setelah Ramadhan yang lewat sampai dengan Ramadhan berikutnya. . Menjadikan bulan Ramadhan memintakan syafaa't. . Khusus bagi yang puasa disediakan pintu khusus yang bernama Rayyaan untuk memasuki Jannah. ( dalil 3, 4, 5 dan 6).
Terima Kasih kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Isnin, 15 Ogos 2011

anugerah anak

ANAK adalah anugerah yang sangat bernilai kepada pa sangan suami isteri, kerana dengan kelahirannya menam bahkan kasih sayang seisi keluarga. Lebih penting, anak mewarisi keturunan, sekali gus menjadi generasi pelapis selepas ibu bapanya kembali bertemu Allah. Mereka juga akan mewarisi apa yang kita tinggalkan serta menyambung kehidupan dan tamadun manusia. Mereka akan menjadi khalifah di atas muka bumi ini dan dengan sebab itu, ada orang menggelar anak kecil dengan panggilan 'the little caliph' (khalifah kecil). Dalam Islam, anak adalah harta paling berharga dimiliki seseorang selepas iman kepada Allah dan Rasul-Nya. Anak juga adalah satu faktor yang mendekatkan diri kepada Allah dan rahmat-Nya seperti ditegaskan dalam satu hadis di riwayatkan Ahmad, Bukhari dan Muslim. "Anak-anakmu adalah penduduk kecil syurga." Anak kecil bukan saja memerlukan penjagaan rapi, malah kasih sayang ibu bapa. Sifat ini melahirkan satu tindak balas dalam jiwanya kerana Nabi s.a.w ada bersabda yang di riwayatkan Ibn Asakir dan Suyuthi, bermaksud: "Sesiapa yang mempunyai anak hendaklah dia berlemah lembut dengan nya." Nabi s.a.w sendiri sangat mengasihi anak. Baginda me nyifatkan anak dengan pelbagai kemuliaan, seperti bau dari syurga, malah sebagai penghalang daripada penurunan azab, sebagaimana dinyatakan dalam hadis diriwayatkan Suyuthi: "Kalaulah tidak kerana hamba Allah yang rukuk dan anak yang menyusu dan binatang ternakan yang ada, nescaya sudah turun azab seksa ke atas kamu." Malah, anak adalah faktor kemuliaan dan keagungan ibu bapa seperti dinyatakan dalam hadis, bermaksud: "Tidak ada anak di dalam sesebuah keluarga melainkan mulialah ke luarga itu." (Hadis riwayat Tabrani). Tetapi mutakhir ini, ada ibu bapa yang tidak mengasihi anak mereka, malah tergamak meninggalkan anak mereka tanpa memikirkan nasib yang bakal dialami. Lebih teruk ada yang sanggup membuang anak di tepi jalan, parit dan sungai, langsung tidak membayangkan sifat belas kasihan. Apakah sifat dan tindakan manusia sebegini mencerminkan budaya masyarakat Arab zaman jahiliah dulu, yang bersikap zalim terhadap kanak-kanak apabila sanggup menanam anak mereka? Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin al-Ghari, berkata jika diperhatikan fe nomena pembuangan dan pembunuhan anak yang berlaku hari ini kadangkala lebih teruk daripada peristiwa yang berlaku pada zaman jahiliah. "Mengapa tidak? Pada zaman jahiliah dulu mereka mem bunuh anak perempuan saja, malah menanamnya di tim bunan pasir, tetapi sekarang tidak kira anak itu perempuan atau lelaki, dibuang serta dibiarkan mati begitu saja, malah ada yang mati di dalam parit, longkang dan sungai," ka tanya. Beliau berkata, mereka yang berbuat demikian sehingga meragut nyawa si anak dihukum membunuh dan tindakan itu adalah berdosa besar. "Membuang bayi baik di dalam kandungan atau selepas dilahirkan adalah haram dan berdosa besar, dihukum ke salahan membunuh," katanya. Islam amat menghormati nyawa seseorang manusia, sama ada ia masih di dalam janin, usia bayi atau sudah dewasa, semuanya perlu dipelihara dan dihargai. Sebarang pem bunuhan tanpa hak dilarang sama sekali dan dikenakan hukuman berat. Baginda s.a.w ada bersabda, maksudnya: "Dalam mem bunuh janin wajib kifarah (denda) hamba lelaki atau pe rempuan." (Muttafaqun Alaih) "Sesiapa yang membunuh seseorang bukan kerana hu kuman ke atasnya kerana membunuh orang lain atau kerana melakukan kerosakan di muka bumi, maka sesungguhnya ia membunuh semua manusia" (an-Nisa': 32) Allah mengharamkan pembunuhan terhadap orang lain dan mengharamkan juga perbuatan membunuh diri sendiri. Malah, Islam juga mengharamkan perbuatan mencederakan orang lain atau mencederakan diri sendiri. .
Terima Kasih kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Puasa, tarawih himpun pahala, hapus dosa

MUKMIN yang taat kepada perintah Allah sentiasa bergembira dan merindukan kehadiran Ramadan, bulan agung penuh barkah dan kerahmatan. Mereka yang masih dipanjangkan usia hingga bersua dengan Ramadan kali ini, sewajarnya bersyukur. MUKMIN yang taat kepada perintah Allah sentiasa bergembira dan merindukan kehadiran Ramadan, bulan agung penuh barkah dan kerahmatan. Mereka yang masih dipanjangkan usia hingga bersua dengan Ramadan kali ini, sewajarnya bersyukur. Ia adalah tanda Allah masih memberi peluang untuk mereka memperbaiki diri, memperbanyak dan menambah bekalan berupa amal soleh buat persiapan menuju alam baqa. Kesempatan yang sangat bernilai ini, sewajarnya direbut, sekali gus berazam untuk melaksanakan puasa dengan sebaik-baiknya. Ramadan menurut istilah Arab bererti terlampau panas. Mengikut sejarah, sewaktu ingin meminda nama bulan daripada bahasa lama kepada yang baru, bangsa Arab menamakannya mengikut suasana/keadaan yang berlaku pada sesuatu masa tertentu. Kebetulan suasana waktu itu terlalu panas, maka dinamakan Ramadan. Dapat juga difahami bahawa dengan makna ‘terlalu panas’ itu, maka Ramadan dapat membakar segala dosa orang mukmin menerusi pelbagai ibadat yang dilaksanakan dengan penuh ikhlas seperti berpuasa dan solat Tarawih. Nabi Muhammad bersabda maksudnya: “Sesiapa berpuasa pada Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, diampunkan dosanya yang telah lalu.”(Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad). Alangkah ruginya jika kebanyakan umat Islam mensia-siakan atau tidak memanfaatkan kedatangan Ramadan yang sebentar itu dengan kerja kebajikan. Perkara ini kerana pada bulan inilah Allah memberi banyak keistimewaan iaitu berupa ganjaran pahala berganda bagi setiap amalan baik yang dikerjakan. Ia tidak dikurniakan Allah pada bulan lain. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda :“Sekiranya manusia mengetahui kebajikan yang terkandung dalam Ramadan itu, tentulah mereka mengharap-harap supaya Ramadan berlaku sepanjang tahun.” (Hadis riwayat Ibnu Abid Dunya). Ramadan hadir membawa rahmat serta maghfirah (keampunan) Allah. Allah akan mengurniakan pahala yang berlipat ganda bagi setiap ibadat wajib yang dilakukan pada Ramadan. Satu ibadat wajib pada Ramadan menyamai 70 ibadat wajib di luar Ramadan, manakala ibadat sunat akan mempunyai nilai yang sama dengan ibadat wajib apabila dilakukan dalam Ramadan. Malah, segala bentuk kebajikan sekecil dan seringan mana pun, jika dilakukan dengan ikhlas pada Ramadan mengandung nilai ibadat. Peluang umat Islam mengaut ganjaran pahala yang Allah tawarkan sangat terbuka luas melalui pelaksanaan pelbagai ibadat yang menjanjikan pahala berganda. Ini seperti membaca dan bertadarus al-Quran, berzikir, bersedekah, beriktikaf, berselawat, solat Tarawih serta ibadat sunat lain, selain solat fardu. Ramadan adalah bulan yang dimakbulkan doa, bulan Allah memberi pengampunan, bulan penyucian diri, malah tidur dan tarikan nafas seorang mukmin diberi pahala ibadat. Berdasarkan beberapa penjelasan hadis, dapat disimpulkan bahawa Ramadan adalah bulan ibadat iaitu bulan yang pada satu sisi mampu memperbanyak pelbagai nilai positif atau pahala. Pada sisi lain mampu pula menghanguskan pelbagai nilai negatif atau dosa. Pengumpulan pahala secara besar-besaran seiring dengan penghapusan dosa itu, dihasilkan menerusi pelbagai bentuk ibadat dan amalan soleh, baik yang berbentuk wajib mahupun sunat. Dua ibadat yang menjadi inti amaliah Ramadan ialah puasa dan solat Tarawih. Dua jenis ibadat itu mampu menawarkan kedua-dua sisi di atas iaitu pengumpulan pahala dan penghapusan atau pembakaran dosa. Oleh kerana puasa dan solat Tarawih adalah ibadat istimewa pada Ramadan, maka apabila ia dilakukan dengan sempurna dan ikhlas, seseorang itu akan meraih ganjaran pahala berlipat ganda. Ternyata pada masa sama, hasil pelaksanaan puasa dan ibadah Tarawih, sekali gus juga menghapuskan dosa Perkara itu sesuai dengan sabda Nabi bermaksud: "Ramadan adalah bulan yang Allah telah memfardukan atasmu berpuasa dalamnya, dan aku telah mensunahkan bagimu berdiri dan beribadah pada malamnya. Barang siapa berpuasa dan bersolat lail (Tarawih) kerana iman dan kerana mengharapkan Allah, nescaya dia keluar daripada dosanya, bagaikan bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya.”(Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah daripada Abu Hurairah).
Terima Kasih kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

layannnn. . .


Terima Kasih kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Ahad, 14 Ogos 2011

selamat datang . .

assalamualaium . . salam sejahtera . . selamat berpuasa . .

buah cempedak diluar pagar
ambil galah tolong jolokkan
saya budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan

buah duku diatas peti
anak itik didalam kolam
jangan kamu terasa hati
nanti adik bwak mandi kolam . . hahaha

xpe cube lagi . . hehehe

apa yang aku merepek ini . . ni salam perkenalan kot
baru belajar buka. .actually nothing special . . just want to share
what i feel . . so feel it . . hhuhuu
Terima Kasih kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!