Isnin, 26 September 2011

Tanda Harta Yang Berkat

IMAM ALI BIN ABI THALIB ADA MERIWAYATKAN BAHAWA RASULULLAH S.A.W. BERSABDA,

'' APABIL AALLAH TAALA TIDAK MEMBERKATI HARTA SESEORANG MANUSIA ITU, IA DAPAT DILIHAT BAGAIMANA HARTA ITU DIHABISKAN SEUMPAMA MENAKUNG AIR DI TANAH. IA TIDAK MENINGGALKAN APA-APA KESAN SEKALIPUN.''

Perkataan air dan tanah pada hadis di atas lebih merujuk kepada perbuatan membina rumah sebagai tempat tinggal. Rasulullah s.a.w.tidak melarang umatnya membina rumah kediaman. Cuma baginda menegah umatnya membina rumah melebihi kemampuan mereka. Sebagai contoh, seseorang yang berpendapatan yang sangat kecil, tetapi membina rumah melebihi kemampuannya. Apatah lagi apabila rumah yang dibina itu dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk.

Apalah gunanya memiliki kediaman seindah istana jika penghuninya SOMBONG DANBONGKAK. Malahan, ia tidak akan mendatangkan apa-apa feadah sekalipun kepada penghuninya. Apatah lagi feadah kepada orang-orang sekelilingnya. Jika tidakberhati-hati, kediaman yang sebegini boleh mendatangkan rasa MEGAH dan BANGGA DIRIkepada pemiliknya. Ia menyebabkan pemiliknya sombongdengan apa yang dimilikinya. Sifat sebegini tidak sepatutnya ada dalam diri setiap umatIslam. Ini kerana apa sahaja dimiliki tidak akan kekal bersama-sama kita. Apabila kita meninggal dunia kelak, semuanya akan ditinggalkan begitu sahaja, biar sebesar manapun kediaman yang kita miliki. Jika ia besar dan indah sahaja tanpa apa-apa tujuan yang bersifat Rohanidan pendidikanmaka ia dikhuatiri tidak akan membantu pemiliknya di akhirat kelak.

Matlamat utama umat islam dalam mencari rezeki adalah untuk mendapat keberkatan daripadaALLAH S.W.T. Berkat bermaksud apa sahaja yang kita lakukan dan yang kita kumpulkan semasa di dunia menjadi bekal keperluan di akhirat kelak. Dalam konteks ini, setiap manusia perlu seimbangkan keperluandunia dan akhirat. Oleh itu, setiap umat islam perlu mencari keperluan hidup secara Halal semata-mata.

Salah satupetanda harta yang kita miliki itu tidak ada berkatnya adalah apabila dibelanjakan ke arah sesuatu yang sia-sia dan tidak mendatangkan manfaat bukan sahaja kepada dirinya tetapi juga kepada orang lain.Pemiliknya mungkin membazirkan hartanya begitu sahaja tanpa disedarinya. Harta yang berkat adalah harta yang memberikan manfaat bukan sahaja kepada dirinya, tetapi juga kepada orang lain. Jika ia dibelanjakan, pemiliknya akan membelanjakan ke jalan yang baik. Ini soal berkat ataupun tidak berkat. Ia bukan soal sedikit ataupun banyak.

Rasulullah s.a.wmenegah umatnya menunjuk-nunjuk kekayaan yang ada pada diri mereka. Sebaliknya, baginda menggalakkan kekayaan yang ada pada seseorang itu dikongsi bersama-sama mereka yang memerlukan. Untuk itu, bagi mereka yang tergolong dalam golongan orang-orang yang berkemampuan, mereka diwajibkan mengeluarkan sebahagian daripada harta milik mereka untuk diberikan kepada golongan-golongan yang layak menerimanya. Harta-harta ini dikeluarkan dalam bentuk sedekah dan Zakat. Ini sebagai simbol membersihkan harta mereka daripada sesuatu yang Haram…….
Terima Kasih kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Tazkirah Dihari Pengkebumian

Seorang sahabat bernama Al-Barra bin Azib radhiyallahu 'anhu menceritakan " satu hari kami keluar bersama Rasulullah s.a.w. mengiringi jenazah seorang lelaki dari kalangan Ansar yang meninggal dunia.Ketika sampai diperkuburan dan jenazah dimasukkan kedalam liang lahat,baginda duduk dan kami pun duduk disekitar beliau.Ditangan baginda ada sebatang kayu.Baginda menggaris tanah dengan kayu itu,kemudian mengangkat kepalanya sambil berkata " Hendaklah kamu sekelian memohon perlindungan Allah dari azab kubur ". Baginda mengulanginya dua atau tiga kali seterusnya baginda berucap.

Sesungguhnya seorang hamba yang beriman ketika hendak berpisah dengan dunia dan menuju akhirat (yakni ketika ia hampir mati ) akan turun kepadanya malaikat-malaikat dari langit,yang putih wajah mereka seumpama matahari,bersama mereka kain kapan dan bau-bauan dari syurga.Mereka duduk darinya sejauh mata memandang,kemudian datang malaikat maut dan duduk dihujung kepalanya dan berkata kepadanya "wahai ruh yang baik! keluarlah menuju kepada keampunan dari Allah dan keredhaanNya' maka keluarlah ruh itu dimana ia mengalir (keluar) umpama mengalirnya titisan air dari corong bekas air (as-saqa'dlm bahasa arab)

Kemudian malaikat maut mengambil ruh itu dan terus memasukkanNya kedalam kain kapan bersama-sama bau-bauan dan terbitlah darinya bau yang amat harum umpama bau kasturi yang paling harum diatas muka bumi ini.Setelah itu malaikat-malaikat tadi membawa ruh itu naik kelangit.Maka setiap kali berjumpa dengan sekumpulan malaikat mereka akan bertanya.."bau apakah yang amat harum ini " malaikat-malaikat yang membawa ruh itu menjawab "ruh si fulan bin si fulan " mereka menyebutnya dengan nama yang paling baik yang diberikan kepadanya diatas muka dunia.Apabila sampai dilangit para malaikat yang membawa itu meminta supaya dibukakan pintu langit... lalu dibukakan.

Disetiap langit,ruh mukmin itu diiringi oleh malaikat penjaga langit,untuk naik kelangit berikutnya hinggalah ia sampai kelangit yang ketujuh.maka datanglah firman Allah kepadanya: "Tulislah hambaku didalam illiyyin ( tempat orang-orang mulia didalam syurga ) dan bawalah ia kembali kebumi kepada tubuhnya kerana sesungguhnya dari tanah aku menjadikan mereka kepadanyalah jua aku akan kembalikan mereka dan darinya juga aku akan mengeluarkan mereka sekali lagi apabila berlakunya kiamat " maka dikembalikannya ruh itu kepada tubuhnya.

Kemudian datang dua malaikat kepadanya dan mendudukkanNya,kemudian mereka bertanya kepadanya " Siapa tuhan kamu? " ia akan menjawab 'Tuhanku adalah Allah' mereka bertanya lagi kepadanya " Apa agama kamu? " ia menjawab ' Islam agamaku ' mereka bertanya lagi " Siapa lelaki ini yang diutuskan kepada kamu? " ia menjawab ' Muhammad adalah rasul Allah ' mereka bertanya lagi " Apakah ilmu kamu " ia menjawab ' Aku membaca kitab Allah,lalu aku beriman dan membenarkannya'

Lalu seorang penyeru berseru dari langit " Benarlah apa yang dikatakanNya itu,hampirilah ia dengan hamparan dari syurga.Pakaikanlah ia dengan pakaian dari syurga dan bukakanlah untuknya satu pintu kesyurga ". Maka sampailah kepadanya bauan dan haruman dari syurga dan dilapangkan untuknya kubur seluas mata memandang.Kemudian datang seorang lelaki yang elok rupanya,cantik pakaian dan harum baunya dan berkata " Bergembiralah dengan suasana yang menyeronokkan kamu ini,hari ini adalah hari yang telah dijanjikan untukmu ". Ia bertanya ' Siapakah kamu? kamu datang denga wajah yang membawa kebaikan '. Lelaki itu menjawab " Akulah amal soleh kamu " lalu berkata " Wahai Tuhanku! dirikanlah kiamat supaya aku mendapat kembali keluargaku dan hartaku ".

Adapun seorang hamba yang kafir dan jahat,sebaliknya pula berlaku terhadapnya.Ia diazab dari saat ruh meninggalkan jasadnya sehinggalah ruhnya dikembalikan kepada jasadnya semula didalam kubur untuk diseksa seperti mana firman Allah yang bermaksud:
" Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan aya-ayat kami dan yang angkuh dari mematuhinya,tidak akan sekali-kali dibukakanNya pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk kesyurga sehingga unta masuk kelubang jarum.Dan demikianlah kami membalas
orang-orang yang melakukan kesalahan.Disediakan untuk mereka hamparan-hamparan dari api neraka,dan lapisan -lapisan diatas mereka
dari api neraka.Dan demikianlah kami membalas orang-orang yang zalim ( disebabkan keingkaranNya ) ".
Surah Al-A'raf ayat 40

Rasulullah bercerita lagi, Kemudian Allah berkata berkenaan ruh itu " tulislah ia didalam sijjin ( penjara ) didalam bumi yang paling bawah " Maka lemparkanlah ruh itu dengan satu lemparan.Lalu Rasulullah membaca firman Allah yang bermaksud:
" Dan sesiapa yang mensyirikkan Allah,maka seolah-olah ia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung atau dihumbankan oleh angin
ketempat yang jauh ( yang membinasakan )"
Surah Al-Hajj ayat 31

Maka sampailah kepadanya bahang panas dari api neraka dan disempitkan bagi kuburnya,hingga bersilang-silang tulang rusuknya.Kemudian datang kepadanya seorang lelaki yang hodoh rupanya,buruk pakaian dan busuk baunya.Lelaki itu berkata kepadanya ' Bergembiralah dengan suasana yang mendukacitakan kamu ini,Hari ini adalah hari yang dijanjikan untukmu ' Ia bertanya ' Siapakah kamu ini? ' Lelaki itu menjawab ' Aku adalah amalan kamu yang keji ' Akhirnya ia pun berkata ' Wahai Tuhanku janganlah engkau dirikan kiamat '.


[ Rujukkan:- Iman Al-Haithami dalam Majma' az-Zawaid
para perawi hadis, ( majma' az-Zawaid 3/49 )
Syeikh al- Albani hadis soheh ( Misykat al- Masabih hadis no 1630
Terima Kasih kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Jumaat, 16 September 2011

solat n kesihatan

1. BERDIRI LURUS dan kedua tangan di angkat ke atas.
Badan rasa mudah menanggung berat badan kerana beratnya terletak sama rata kepada dua kaki.

Belakang badan lurus membuatkan badan tidak bengkok serta fikiran dapat di kawal dan lebih fokus.

Pandangan mata di tempat sujud, otot atas dan bawah bahagian belakang berasa tenang dan rehat.

Pusat otak yang atas dan bawah bersatu.

Berdiri betul serta membaca Fatihah dan Surah
Menimbulkan kosentrasi minda serta merehatkan kaki, bahagian belakang, menimbulkan rasa rendah diri, khusyuk dan tawaduk

Dalam bacaan, hampir semuanya bunyi dalam bahasa Arab dituturkan, menggerakkan dan menyelerakkan semua GETARAN daripada 99 nama Allah dalam keadaan terkawal dan sempurna keseluruh badan, fikiran dan jiwa.

Getaran vokal panjang A,I,U merangsang hati, kelenjar tiroid, kelenjar pineal, kelenjar adrenal dan paru-paru, membersihkan serta mempertingkatkan perjalanan semua anggota berkenaan.

Rukuk
Merenggangkan otot bahagian bawah belakang, paha dan betis.

Darah dipam ke badan atas.

Melembutkan otot perut dan buah pinggang.

Lama-lama gaya ini akan mempertingkatkan peribadi, menimbulkan kebaikan hati dan mengharmonikan batin.

Iktidal iaitu berdiri lurus selepas rukuk
Darah yang baru bergerak masuk ke dalam ketika gaya rukuk kembali ke keadaan asalnya dengan membawa bahan tidak berguna iaitu sisa tubuh.

Badan mendapat semula waktu rehat dan melepaskan ketegangan.

Sujud
Lutut terbentuk sudut tepat membangunkan otot perut dan mengelak perut buncit.

Menambah aliran darah ke bahagian atas badan, khususnya kepala (Termasuk mata, telinga dan hidung) serta paru-paru.

"Mental toxin" minda dibersihkan oleh darah, menyesuaikan dan mewajarkan kedudukan jenin wanita hamil, memperbetulkan rahim wanita, mengurangkan tekanan darah tinggi, menambahkan keanjalan sendi dan menghapuskan keangkuhan, meningkatkan maqam roh, malah kedudukan sujud ini adalah PATI ibadat solat.

Duduk Di antara Dua Sujud
Tumit kaki kanan melentur serta berat kaki sebahagian badan terletak di atasnya. Posisi ini mambantu mengeluarkan racun (toksin) dari hati jasmani dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar.

Wanita membiarkan kedua-dua kaki mereka bertapak tegak ke atas, di bawah badan mereka. Posisi tubuh badan memberikan kerehatan selesa dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan perut ke bawah.

Sujud Kedua
Memberikan pernafasan, peredaran darah dan nafas serta sistem urat saraf, meringankan badan, kebahagian emosi dan sistem urat saraf jadi lebih seimbang.

Bangun Semula Daripada Sujud
Peredaran darah kembali kebahagaian atas tubuh, malah posisi ini membantu mengeluarkan keracunan (toksin) dari hati dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar posisi tubuh dan memberikan rehat yang selesa dan pergerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan dalam perut ke bawah.


Sampai-sampaikan dan selamat beramal... ..
Terima Kasih kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Mengapa Piring Astro Mengadap Kiblat

Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali,tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?

KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.

Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian.Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.

"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke Marikh, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat. "Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,ditengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.

Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya

Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini. Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini..
Terima Kasih kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Rabu, 14 September 2011

Sekecil-Kecil Amalan Tetap Jadi Penyelamat Kita Di Akhirat

IBNU Qayyim al-Jauziyah menukilkan sebuah hadis Rasulullah SAW yang panjang mengenai amalan yang boleh menyelamatkan seseorang daripada kesulitan pada akhirat kelak.

Diriwayatkan oleh Abu Musa al-Madini, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya aku semalam bermimpi melihat hal yang sangat menakjubkan. Aku melihat seorang daripada umatku didatangi oleh malaikat untuk mencabut nyawanya, lalu datang amalannya kepadanya dalam berbakti kepada kedua-dua orang tuanya, sehingga amalan itu membuat malaikat kembali semula.

“Aku melihat seseorang yang sudah dipersiapkan kepadanya seksa kubur, lalu datang wuduknya sehingga wuduknya itu menyelamatkannya daripada seksa kubur.

“Aku melihat seseorang yang sudah dikepung banyak syaitan, lalu datang kepadanya zikirnya kepada Allah, sehingga zikirnya itu mengusir syaitan darinya.

“Aku melihat seseorang yang kehausan, sedang tiap kali ia mendekati telaga, ia diusir darinya. Lalu datanglah puasa Ramadan, sehingga puasanya itu memberikan minum kepadanya.

“Aku melihat seseorang di mana nabi masing-masing duduk dalam majlis halaqah, ia diusir dan dilarang untuk bergabung di dalamnya. Lalu datanglah mandinya dari hadas besar, sehingga mandinya itu membimbing ia dengan memegang tangannya seraya mendudukkannya di sampingku.

“Aku melihat seseorang yang di depannya gelap sekali, begitu pula di belakangnya, atasnya dan bawahnya, sehingga ia kebingungan mencari arah jalannya. Datanglah kepadanya haji dan umrahnya, lalu keduanya mengeluarkan ia daripada kegelapan dan memasukkannya ke tempat yang terang sekali.

“Aku melihat seseorang yang melindungi mukanya dengan tangannya daripada panasnya gejolok api, lalu datang sedekahnya kepadanya dengan menutupi gejolakan api dari mukanya seraya membimbingnya ke hadapan Allah.

“Aku melihat seseorang yang mengajak bercakap orang Mukmin, tetapi mereka mendiamkan diri. Datanglah silaturahim seraya berkata: “Wahai orang beriman, sesungguhnya ia adalah orang yang melakukan silaturahim, maka ajaklah dia bercakap.”

“Maka orang itu diajak bercakap oleh semua orang Mukmin dan mereka menghulurkan tangan untuk berjabat dengannya, sementara ia pun menghulurkan tangannya untuk berjabat dengan mereka.

“Aku melihat seseorang yang sudah dicengkam malaikat Zabaniyah, lalu datanglah kepadanya amal makruf dan nahi munkarnya, hingga amalannya itu menyelamatkan ia daripada seksa Zabaniyah dan memasukkannya ke dalam lingkungan malaikat rahmat.

“Aku melihat seseorang yang jalannya merangkak dengan kedua-dua lututnya dan di depannya ada tabir yang memisahkan ia dengan Allah, lalu datanglah akhlak baiknya seraya memegang tangan dan membimbingnya ke hadrat Allah.

“Aku melihat seseorang yang catatan amalannya datang dari sebelah kirinya, lalu datanglah takwanya kepada Allah dan mengambil buku itu dengan meletakkannya di tangan kanannya.

“Aku melihat orang yang timbangan amalannya sangat ringan, lalu datang anaknya yang meninggal dunia waktu kecil, sehingga mereka memberatkan timbangan amalan baiknya itu.

“Aku melihat seseorang yang berdiri di tebing Jahanam, lalu datanglah harapannya kepada Allah, hingga harapannya itu menyelamatkannya dari Jahanam dan ia berjalan menuju syurga dengan selamat.

“Aku melihat seseorang yang terpelanting di atas neraka, lalu datanglah air matanya kerana takut kepada Allah hingga air mata itu menyelamatkannya dari jatuh ke neraka.

“Aku melihat seseorang yang sedang berada di atas jambatan (sirat) dengan tubuh gementar, lalu datang husnuzannya (sangka baik) pada Allah, hingga sikapnya itu menjadikan dia tenang dan ia berjalan dengan lancar.

“Aku melihat seseorang yang jatuh bangun di atas jambatan, kadang-kadang ia merangkak, kadang-kadang pula ia bergantung, lalu datanglah solatnya menegakkan kedua kakinya dan menyelamatkannya hingga ia mampu menyeberangi jambatan sampai ke pintu syurga.

“Akupun melihat pula seseorang yang sudah sampai ke pintu syurga, semua pintu ditutup baginya, lalu datanglah syahadahnya, sehingga dibukakan pintu syurga dan ia pun boleh masuk ke dalamnya.”

Itulah gambaran amalan yang dengan izin Allah boleh menyelamatkan umat Muhammad SAW yang benar-benar melaksanakan perintah Allah dan sunnah Rasulullah SAW dengan hati ikhlas.

"Menuntut Ilmu adalah fardhu kepada setiap orang Islam, dan meletakkan ilmu kepada yang bukan ahlinya tidak ubah seperti menggantungkan permata, mutiara dan emas kepada seekor babi." (Riwayat Ibnu Majah)
Terima Kasih kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Selasa, 13 September 2011

Aku Tak Bodoh

mari tonton & cuba paham jalan cerite nye . . penuh pengajaran buat kite semua






Terima Kasih kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Hidup Ibarat Segenggam Garam

Seorang guru berkata pd muridnya.. “Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam. Bawalah ke mari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu.”

Si murid pun beranjak pelan tanpa semangat. Ia laksanakan permintaan gurunya itu, lalu kembali lagi membawa gelas dan garam sebagaimana yang diminta.

“Coba ambil segenggam garam, dan masukkan ke segelas air itu,” kata Sang Guru.

“Setelahitu coba kau minum airnya sedikit.” Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini meringis karena meminum air masin.

“Bagaimana rasanya?” tanya Sang Guru.

“Masin, dan perutku jadi mual,” jawab si murid dengan wajah yang masih meringis. Sang Guru terkekeh-kekeh melihat wajah muridnya yang meringis kemasinan.

“Sekarang kau ikut aku.” Sang Guru membawa muridnya ke telaga di dekat tempat mereka.“ Ambil garam yang tersisa, dan tebarkan ke telaga.”Si murid menebarkan segenggam garam yang tersisa ke telaga, tanpa bicara. Rasa masin di mulutnya belum hilang. Ia ingin meludahkan rasa asin dari mulutnya, tapi tak dilakukannya. Rasanya tak sopan meludah di hadapan guru, begitu pikirnya.“Sekarang, cuba kau minum air danau itu,” kata Sang Guru sambil mencari batu yang cukup datar untuk didudukinya, tepat di pinggir telaga. Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air telaga, dan membawanya ke mulutnya lalu meneguknya. Ketika air telaga yang dingin dan segar mengalir di tenggorokannya.

Sang Guru bertanya kepadanya, “Bagaimana rasanya?”
“Segar, segar sekali,” kata si murid sambil mengelap bibirnya dengan punggung tangannya. Tentu saja, telaga ini berasal dari aliran sumber air di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah. Dan sudah pasti, air telaga ini juga menghilangkan rasa asin yang tersisa di mulutnya.

“Terasakah rasa garam yang kau tebarkan tadi?” tanya sang guru

“Tidak sama sekali,” kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi. Sang Guru hanya tersenyum memperhatikannya, membiarkan muridnya itu meminum air telaga sampai puas.“Nak,” kata Sang Guru setelah muridnya selesai minum. “Segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih. Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah ditakdirkan oleh Allah swt, sesuai untuk dirimu. Jumlahnya tetap, segitu-segitu saja, tidak berkurang dan tidak bertambah.

Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yang bebas dari penderitaan dan masalah.”Si murid terdiam, mendengarkan petuah Sang Guru Sufi yang terkenal bijaksana itu. “Tapi Nak, rasa `masin’ dari penderitaan yang dialami itu akan sangat tergantung dari besarnya hati yang menampungnya. Jadi Nak, supaya engkau tidak merasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikan hati dalam dadamu menjadi seluas telaga agar engkau bisa menikmati hidup”
Terima Kasih kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Isnin, 12 September 2011

Sakit Mental : Ancaman Masyarakat Moden

Masalah mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik. Kini, masalah mental menjadi salah satu ancaman utama kepada seluruh penduduk dunia dan penduduk Malaysia khususnya.

Daripada data yang diperoleh, sekurang-kurangnya seorang daripada sembilan penduduk di Malaysia mengalami sakit mental bermula daripada kemurungan sehingga ke tahap skizofrenia. Golongan sakit mental merangkumi mereka yang gagal menyesuaikan diri dengan ketegangan dan gagal mengatasinya seperti masalah rumah tangga, ekonomi dan tekanan kerja. Mereka yang gagal membuang tabiat merokok, meminum minuman keras, menghidu gam, mengambil dadah dan berjudi juga tergolong dalam pesakit mental. Masalah mental merangkumi semua peringkat umur daripada kanak-kanak hingga peringkat tua. Bagi kanak-kanak misalnya malu untuk makan dan ke tandas, takut ke sekolah dan hiperaktif juga termasuk dalam golongan mereka yang mengalami gangguan mental. Bagi golongan tua pula, antara penyakit mental yang dikesan ialah nyanyuk dan mengalami kemurungan.


Pada umumnya penyakit mental boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu yang pertama penyakit psikosis. Pada tahap teruk, seseorang yang mengalami penyakit mental psikosis mungkin kehilangan hubungan dengan alam nyata. Antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah skizofrenia dan psikosis manik depresif. Kumpulan kedua ialah penyakit yang bukan psikosis atau neurosis.

Mungkin kita pernah mengalami perasaan sedih, resah dan tertekan. Pengalaman ini merupakan pengalaman biasa dalam kehidupan kita. Apabila perasaan biasa ini dan tingkah laku tertentu berlaku secara tidak terkawal dan berlarutan sehingga mengganggu kehidupan harian seseorang dan menjejaskan hubungan dengan orang lain, ia mungkin mengalami salah satu penyakit mental jenis ini. Di antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah ketakutan yang tidak berasas (fobia), keresahan (anxiety), kemurungan (depression) dan obsesif kompulsif. Seseorang yang mendapat penyakit mental mengalami gangguan fungsi mentalnya.

Penyakit mental boleh berbeza dari segi jangkamasa sakit dan tahap gangguan terhadap aktiviti harian. Penyakit mental boleh bersifat sementara dan boleh berulang-ulang di sepanjang hayat seseorang. Kebanyakan pengidap penyakit mental hanya mengalami satu episod sahaja, tidak serius dan pulih dengan sempurna selepas rawatan.Terdapat beberapa faktor yang menyumbang terjadinya masalah mental. Faktor pertama yang menyumbang kepada masalah mental ialah faktor genetik dan keturunan. Seseorang yang mempunyai ahli keluarga yang mengalami masalah mental berisiko tinggi untuk menghidap penyakit ini berbanding populasi yang tiada sejarah penyakit berkenaan.

Terdapat kajian yang menunjukkan kebarangkalian 1:100 peluang untuk seseorang dalam keluarga mendapat penyakit skizofrenia jika ada dalam ahli keluarganya mengidap penyakit tersebut berbanding 1:10 dalam masyarakat umum. Faktor kedua ialah gangguan bahan kimia dalam otak sebagai contoh penghasilan dopmin secara berlebihan menyebabkan masalah skizofrenia dan paras serotonim terlalu rendah menyebabkan masalah kemurungan. Apabila bahan kimia dalam otak yang dikenali neurotransmitter tidak berfungsi dengan baik gejala penyakit mental akan berlaku. Faktor lain ialah jangkitan virus, sejarah hidup yang getir dan keadaan sosioekonomi yang rendah.

Selain itu, bagi tujuan rawatan pula terdapat beberapa jenis penyakit mental yang memerlukan rawatan segera seperti neurosis, penyakit mental organik seperti nyanyuk, gangguan personaliti, autism, hiperaktif, ketagihan dadah dan cubaan membunuh diri. Antara rawatan yang sering digunakan bagi merawat penyakit-penyakit ini ialah psikoterapi dan kaunseling, rawatan psikotropik, rawatan tingkahlaku dan rawatan elektrokonvulsif.

- Rawatan kaunseling boleh membantu pesakit memahami keadaan diri dan perasaannya dengan lebih mendalam dan rawatan ini diberikan secara pesakit luar.

- Rawatan psikotropik menggunakan berbagai jenis ubat-ubatan yang dikelaskan sebagai ubat psikotropik dan digunakan untuk rawatan penyakit mental. Ubat-ubatan antipsikotik boleh mengurangkan atau menghapuskan gejala-gejala psikosis. Sementara ubat-ubatan jenis lain boleh mengurangkan tekanan, kemurungan dan keresahan (anxiety) sehingga pesakit dapat mengendali gejala-gejala penyakitnya dengan lebih baik.

- Rawatan tingkahlaku pula memberi tumpuan kepada membantu pesakit mengubah cara berfikir atau tingkahlaku tertentu yang mengganggu dan menimbulkan gejala penyakit. Teknik releksasi merupakan satu contoh rawatan jenis ini.

- Rawatan elektrokonvulsif diberikan melalui pengaliran elektrik bervoltan amat rendah merentasi otak seseorang. Rawatan jenis ini adalah selamat, tidak berbahaya dan biasanya digunakan untuk merawat penyakit kemurungan yang serius.

Pada masa kini, masyarakat mengangap mereka yang mengalami masalah mental sebagai satu ancaman kepada keselamatan mereka kerana akhbar sering melaporkan pelbagai kes amuk, bunuh dan gangguan-gangguan yang dilakukan oleh mereka yang mengalami masalah mental. Keadaan ini menyebabkan masyarakat membuat tanggapan negatif kepada mereka yang mengalami masalah mental ini tanpa mengkaji sebab mereka berkelakuan sedemikian.

Masyarakat tidak didedahkan secara sepenuhnya mengenai penyakit mental ini. Masyarakat hanya memandang pesakit mental adalah orang ‘gila'. Tetapi jika diperhatikan kembali hanya terdapat segelintir masyarakat yang mempunyai pengetahuan mengenai masalah mental sahaja yang dapat menerima serta membantu para pesakit mental. Peranan masyarakat dalam penerimaan golongan ini hanya boleh dicapai apabila setiap individu dalam masyarakat mempunyai pengetahuan mengenai penyakit mental secara umum. Mungkin pendedahan ini boleh diberikan di peringkat sekolah memandangkan sekolah merupakan medium terbaik dalam penjanaan ilmu pengetahuan serta memupuk sikap para pelajar dan masyarakat.

Pesakit mental tidak seharusnya dipinggirkan oleh masyarakat kerana mereka yang mengalami masalah mental mempunyai peluang untuk pulih semula dan menjadi sebahagian daripada masyarakat. Mereka sepatutnya diberi perhatian kerana ada dalam kalangan mereka mengalami tekanan dalam hidup yang berat sehingga mereka cenderung menghidap masalah mental. Tiada siapa yang mahu membantu untuk meringankan beban hidup mereka. Oleh itu, setiap individu perlu mengubah perspektif negatif mereka terhadap pesakit mental dan memberikan sokongan-sokongan yang diperlukan agar mereka tidak merasa terpinggir daripada kelompok masyarakat.
Terima Kasih kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Malaikat Kecil Menyampaikan Risalah Jalan-Jalan Kesyurga

seperti kebisaan apabila selesai menunaikan sholat Jumaat,seorang Imam dan anaknya yang berumur 7thn akan keluar menyusuri jalan-jalan dikota bagi menyebarkan risalah "Jalan-Jalan ke Syurga" dan juga karya-karya Islamik yang lain.

Pada hari Jumaat yang indah,ketika Imam dan anaknya bersiap hendak keluar seperti biasa bagi menyebarkan risalah-risalah Islam,keadaan cuaca menjadi mendung dan sapaan angin yang dingin,dikaki langit kelihatan tompok-tompok kehitaman yang mula menitiskan airnya.

Anak kecil itu mula membetul-betulkan jubahnya yang masih kering dan panas seraya berkata "Ayah! saya sudah bersedia".

Ayahnya terkejut dan berkata "bersedia untuk apa?" "Ayah bukankah ini masanya untuk keluar menyampaikan risalah Allah?"..

" Anakku! bukankah keadaan diluar itu amat dingin dan air hujan juga kelihatan lebatnya "..

Anak kecil itu berkata lagi "Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun?".

Ayahnya menambah "Anakku!..Ayah tidak bersedia untuk keluar dalam keadaan cuaca yang sebegini ".

Dengan merintih dan merayu anak kecil bersura "benarkan saya pergi Ayah"

Ayahnya merasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya dan berkata "Pergilah nak dan berhati-hatilah..Allah sentiasa bersama-sama dengan kamu ".

" Terima kasih ayah ",dengan wajah yang bersinar-sinar anaknya pergi meredah hujan dan susuk tubuk kecil itu kian menghilang ditelan kelebatan hujan itu.

Dalam keadaan yang basah beserta angin yang dingin anak kecil itu terus menyampaikan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa yang ditemuinya,begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberi risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam..hanya tinggal satu saja risalah " Jalan-Jalan keSyurga " yang masih ada ditangannya,dia merasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada yang berbaki,dia berpusing-pusing kesana dan kemari mencari sesiapa yang akan diserahkan risalah yang terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok dihujung jalan lalu mengatur langkah mendekati rumah itu.lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.Diketukan pula pintu rumah itu namun masih tiada jawapan,Bagaikan ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,mungkin rumah inilah harapannya agar risalah itu diserahkan.Dia mengambil keputusan nenekan loceng sekali lagi,akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri didepan pintu adalah seorang perempuan yang sudah berumur,mukanya suram dan sedih " nak!..apa yang Makcik boleh bantu."

"Makcik maaf saya mengganggu,saya hanya ingin menyatakan ALLAH amat sayangkan Makcik dan memelihara Makcik.saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah yang terakhir dan Makcik adalah orang yang paling bertuah " Anak kecil itu senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

" Terima kasih nak..dan Tuhan akan melindungi kamu " dengan nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu sholat Jumaat bermula,seperti biasa Imam akan memberikan ceramah,sebelum selesai dia bertanya.." ada sesiapa nak bertanyakan sesuatu? ".

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri,Dia adalah perempuan yang berumur itu lalu bersuara " saya rasa tiada sesiapa pun dalam perhimpunan ini yang kenal akan saya,saya tidak pernah hadir kemajlis ini walaupun sekali,Untuk pengatahuan anda sekelian..sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang muslim..Suami saya meninggal beberapa tahun yang lepas dan meninggalkan saya keseorangngan dalam dunia ini " air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

" Pada Jumaat minggu yang lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri..jadi saya mengambil tali dan kerusi lalu saya letakkan kerusi diatas tangga menghadap anak tangga menuruni lantas saya ikat dihujung tali digalang atas dan hujung satu lagi diketatkan dileher saya.Apabila tiba saat untuk saya terjun..tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi,saya tunggu sebentar..pada anggapan saya sesiapa pun yang menekan akan pergi sekiranya tidak dijawab,kemudian ia berbunyi lagi... untuk kali yang ketiga saya mendengar ketukkan dan loceng ditekan sekali lagi "..

" Saya bertanya sekali lagi..belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama,lantas saya melonggarkan tali di leher lantas pergi kemuka pintu ".

" Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak kecil yang comel itu,senyumannya benar-benar iklas dan suaranya seperti maklaikat "

" Makcik... .maaf saya mengganggu..saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan memelihara makcik " itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar.

" Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan..saya kemudian menutup pintu dan membaca risalah itu setiap muka surat,akhirnya tali dan kerusi yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletak semula ketempat asal mereka ".

" Aku tidak perlukan ini lagi "

" Lihatlah... .sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia,menjadi hamba kepada TUHAN yang satu..ALLAH.dibelakang risalah terdapat alamat ini..itulah sebabnya saya kesini hari ini.Jika tidak disebabkan Malaikat Kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya didalam Neraka ".

Ketika itu tiada satu pun anak mata dimasjid itu yang masih kering,ramai pulak yang berteriak dan bertakbir " ALLAHUAKBAR! "

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar terus memeluk anaknya yang berada dikaki mimbar dan menangis bersungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini... ... Jumaat yang paling indah dalam hidupnya.tiada Anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini.Iaitu anugerah yang sekarang berada didalam pelukannya.Seorang anak yang seumpama Malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis... .Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.
Terima Kasih kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Selasa, 6 September 2011

Adat VS Sunnah

Alhamdulillah dengan rahmat dan limpah kurnia Nya kita diberi kesempatan untuk berkongsi sedikit ilmu dan pendapat dan semoga dengan rahmat Nya jua perkongsian ini dapat mendekatkan dan mengabdikan diri kepada Nya dan akhirnya menghancurkan thagut dan meranapkan jahilliyyah... aminnn...

Keadaan ini berlaku pada zaman kita dalam masyarakat kita. Masyarakat kita pada hari ini kebanyakkannya sangat mementingkan adat sehingga timbul satu peribahasa (biar mati anak jangan mati adat). Persoalannya setakat manakah kepentingan adat itu sendiri. Adat ini adalah amalan turun temurun yang diwarisi daripada nenek moyang kita. Adat ini sudah menjadi satu kewajiban kepada masyarakat kita pada hari ini. Sebagaimana yang kita faham dan erti selagi mana adat atau budaya itu tak bersalahan dengan hukum dan syariat islam ianya bebas untuk diamalkan oleh sesiapa pun...

Yang menjadi permasalahan dalam masyarakat pada hari ini apabila disamakan antara adat dan agama. Hal ini berlaku kerana kurangnya persefahaman terhadap islam dalam masyarakat kita. Dan kesan daripada permasalahan ini berlakunya kekeliruan dalam masyarakat dimana akhirnya adat didahulukan daripada sunnah rasul itu sendiri. Contoh yang dapat kita lihat pada hari ini kebanyakkan ibu bapa apabila dikurniakan anak mereka lebih mementingkan untuk membuat pulut kuning daripada majlis cukur rambut anak sedangkan cukur rambut adalah sunnah sedangkan nabi jangan kata buat,makan pulut kuning pun tak pernah..

lagi satu adalah ketika majlis perkhawinan dimana kebanyakkan pasangan berhabis untuk majlis perkhawinan sedarkah kita pembaziran adalah satu perkara yang dilarang agama. Islam menggalakkan kesedarhanaan dalam kehidupan. Majlis kenduri ketika berkhawinan ada dalam syariat islam tapi hari ini ianya dicemarkan dengan pembaziran dan maksiat yanag berlaku dalam majlis itu. Sehinggakan kadang-kadang hukum wajib datang ke majlis kenduri bertukar menjadi haram. Contoh yang terakhir adalah dari segi pemakaian apa yang sopan dilihat dari sudut adat tidak semestinya berpadanan dengan agama...

Kita haruslah sedar dan perhatikan masalah ini. Kerana mematuhi adat tak bawa kemana hanyalah dunia semata. Dan tidak memebawa kepada keredhaan Allah. Mempertahankan adat adlah sesuatu yang sia-sia. Andai kata adat itu bercanggah dengan syara' ia boleh membawa kepada hukum haram dan mempertahankannya adalah bedosa. Dan ingatlah ketika mana orang kafir menolak islam alasan mereka adlah kerana islam bercanggah dengan nenek moyang mereka jika kita pada hari ini mempertahankan adat nenek moyang kita walaupun ia bercanggahan dengan syara' apakah bezanya kita dan mereka?
Terima Kasih kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Ahad, 4 September 2011

Rahsia As-solat

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain
Terima Kasih kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Jumaat, 2 September 2011

Human Papilloma Virus (HPV)

Apa itu jangkitan Human Papilloma Virus?
Ini adalah salah satu daripada pelbagai jenis penyakit kelamin di kalangan orang dewasa. Ia mungkin bercirikan dengan ketuat pada bahagian kemaluan (yang kelihatan seperti isi buah anggur). Jangkitan pada pangkal rahim boleh menyebabkan barah pangkal rahim pada masa akan datang.


Apakah penyebab penyakit ini?
Virus HPV adalah virus yang menyebabkan jangkitan pada kemaluan lelaki dan juga lapisan pangkal rahim wanita. Terdapat pelbagai jenis virus ini termasuklah jenis 6 dan 11 yang banyak menyebabkan ketuat pada kemaluan. 70% daripada barah pangkal rahim disebabkan oleh virus HPV jenis 16 dan 18.



Apakah vaksin yang ada dan bagaimana vaksin ini diberikan?
Vaksin ini diperbuat dengan menggunakan protein daripada setiap satu daripada 4 jenis virus HPV yang boleh menyebabkan penyakit yang serius. Vaksin ini diberi kepada remaja-remaja bertujuan untuk mencegah daripada berlakunya barah pangkal rahim semasa dewasa kelak.

Ianya diberi melalui suntikan pada otot lengan bagi remaja dengan dos pertama diberikan pada usia 13 hingga 18 tahun. Dos kedua diberi 2 bulan kemudian dan dos ke 3 diberi 6 bulan selepas dos pertama.



Siapa yang patut menerima vaksin ini?
Ibu bapa boleh memilih untuk memberikan vaksin ini kepada anak remaja perempuan mereka. Terdapat isu-isu etika dan moral yang terlibat, terutamanya masih terdapat cara-cara lain yang dapat menghindarkan daripada dijangkiti kuman HPV ini.
Terima Kasih kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!