Ahad, 9 September 2012

Khasiat Buah Tin

Assalamualaikum...

Ada sedkit info nak dikongsi bersama...
jom baca....

Keistimewaan dan khasiat buah tin ialah:

  1. Membersihkan buah pinggang dan rawatan buah pinggang yang rosak
  2. Mengurangkan kepanasan badan ketika demam.
  3. Memecahkan batu karang di dalam badan.
  4. Menyegarkan badan yang lesu.
  5. Mengeluarkan toksin dan racun dalam badan.
  6. Rawatan buasir.membantu mengurangkan bengkak pada buasir dan seterusnya mengecutkannya.
  7. Meredakan sakit kulit seperti ruam, panau dll.
  8. Rawatan penyakit GOUT 
  9. Mengurangkan batuk yang berpanjangan dan melapangkan dada. 
  10. Membersihkan hati (kidney) dan jantung 
  11. Membersihkan lendir dalam usus
  12. Membantu melawaskan kencing
  13. Menyembuhkan penyakit bengkak telinga 
  14. Mempercepatkan pertumbuhan gigi bagi kanak-kanak.   
   

Terima Kasih kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Selasa, 27 Mac 2012

Segmen Jom Blogwalking By Farhana


Panggilan ejam..
asal dari Kuala Lipis Pahang..
seorang MA yang rajin...

tarikh tutup:

14 April 2012




Terima Kasih kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Ahad, 25 Mac 2012

Segmen Up Followers + Review Blog



Mereka di tag:




Tamat:

10/04/2012

Terima Kasih kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Hilangkan Jerawat

Petua 1

Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak
. Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya
anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa
keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah
sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan
gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat
-tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan
air biasa. Insya-Allah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.

Petua 2

Campurkan
beberapa sudu tepung ubi kayu dengan air asam jawa . Kemudian sapukan
ke muka anda . Amalkan setiap masa seperti anda menggunakan bedak sejuk
. hasilnya , muka anda akan bertambah cerah dan lembut serta tidak
berjerawat lagi.

Petua 3

Giling
beras dan daun ini sehingga lumat. Bulatkan adunan tersebut sebesar
duit lima sen dan jemur sehingga kering . Apabila hendak menggunakannya
, titis sedikit air limau nipis dan sapu pada muka menggunakan belahan
ubi kentang .

Petua 4


Ambil
3 jenis akar kayu iaitu akar bunga melur , akar bunga cina dan akar
kitam guri serta seketul kemenyan . Jika sukar mendapatkan ketiga-tiga
akar ini , memadailah dengan dua jenis sahaja . Semua akar ini diasah
di buntut pasu dengan sedikit air . Sapukan ke muka sebagai bedak sejuk
. Jika anda suka , boleh juga dicampurkan dengan bedak sejuk atau
dengan lendir daun lidah buaya . Selain diasah , ia boleh juga
dikeringkan kesemua akar itu dan dikisar bersama kemenyan tadi .

Petua 5

Parut
temu lawak mengikut keperluan , kemudian campurkan dengan sedikit gula
melaka . Ambil 3/4 suku gelas air masak dan campurkan dengan sedikit
asam jawa dan 3 biji bawang merah yang ditumbuk lumat . Bancuh kesemua
bahan tadi sehingga sebati , kemudian tapis . Minumlah airnya beberap
kali , kemudian barulah dirawat kulit muka anda dengan petua lain yang
telah diberikan .


Terima Kasih kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Selasa, 7 Februari 2012

Maulidur Rasul

Pengertian
Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah. 

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.

Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul. 

2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah. 

3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama. 

4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan. 

5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah. 

6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw. 

7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra. 

8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H. 

9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

fadhilat 

Bulan Rabiulawal adalah seperti bulan-bulan Islam yang lain maka amalan sunat di bulan Rabiulawal adalah sama seperti amalan sunat di bulan-bulan yang lain. 

Kita dianjurkan untuk meningkatkan amalan-amalan fardu dan sunat tanpa mengira di bulan manapun di sepanjang tahun. 

Amalan-amalan kita itu akan menjadi bekalan untuk kita meneruskan perjalanan ke padang mahsyar esok. Masjidil Haram di Makkatul Mukarramah. 

Selain dari itu, kualiti ibadah juga adalah diambil kira. Niat dan keikhlasan mempunyai pengaruh yang amat besar dalam menentukan nilai ibadah kita. Diantara syarat sesuatu ibadah itu diterima ialah niat.

Niat itu akan menggambarkan keikhlasan kita.Kerja yang ikhlas akan membawa kepada kesempurnaan dan kesempurnaan akan membawa kepada kepuasan dan kepuasan akan membawa kepada ketenangan. 

Moga kita sama-sama dapat meningkatkan amalan ibadat kita agar kita mempunyai bekalan untuk dibawa ke kampung Akhirat esok, InsyaAllah. 

Maulidur Rasul 

Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun.Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan. 

Dalam menentukan tarikh kelahiran Rasulullah saw, ahli-ahli sejarah Islam berbeza pendapat. Pendapat pertama dan masyhur ialah Rasulullah saw lahir pada malam Isnin 12 Rabiulawal dalam Tahun Gajah sebelum subuh. Ini adalah pendapat Ibnu Ishaq yang dipetik oleh Ibnu Hisham dalam kitabnya yang terkenal, Sirah Ibnu Hisham. Dan pendapat yang kedua ialah pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah saw memang lahir pada malam Isnin, sebelum subuh Rabiulawal tahun Gajah tapi tarikh sebenarnya ialah pada 9 haribulan. 

Diantara tokoh ulamak-ulamak yang sependapat mengatakan Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal ialah Yunus bin Yazid, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi dan Ibnu Taimiyyah. Dan diantara tokoh-tokoh falak moden yang membuat kajian semula tentang perbezaan pendapat ini ialah Mahmud Pasya seorang ahli falak Mesir dan Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, Persatuan Falak Syarie Malaysia. Mereka menyatakan bahawa Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal. Ini adalah berdasarkan kepada Taqwim Qamariah tulen tanpa Nasi' dan dikebelakangkan 53 tahun dari tahun pertama Hijrah.

Didapati bulan kelahiran Rasulullah saw iaitu bulan Rabiulawal jatuh pada bulan April 571 M. Berdasarkan hitungan, Ijtimak berlaku pada 10 April 571M pada 8;21 UT. Menurut kaedah kebolehnampakan hilal, 1 Rabiulawal jatuh pada hari Ahad, 12 April 571M dan hari Isnin yang bertepatan adalah 9 Rabiulawal manakala 12 Rabiulawal jatuh pada hari Rabu. 

Dalil seterusnya yang mengatakan bahawa Rasulullah lahir pada 9 Rabiulawal ialah pada Isnin 9 Rabiulawal (20 April), fasa bulan adalah 64.4% dan bulan ghurub pada pukul 2:26 pagi. Apabila bulan ghurub awal maka langit ketika itu kelihatan cerah dengan bintang-bintang yang dapat dilihat lebih banyak kerana tiada gangguan cahaya bulan. Ini bertepatan dengan kisah kelahiran sewaktu dilahirkan Rasulullah saw bahawa sebelum subuh, langit adalah kelihatan sangat cerah dengan cahaya bintang-bintang yang bertaburan. Walau bagaimanapun, itu adalah pendapat individu tertentu dengan pengkajian mereka. 

Moga ada pihak lain yang dapat membuat kajian lebih lanjut dalam menetapkan tarikh kelahiran Rasulullah saw. Kajian-kajian lanjut itu sebenarnya akan lebih memajukan lagi perkembangan ilmu Sejarah dan Falak. Malah tarikh-tarikh peristiwa penting Islam yang lain juga wajar dibuat hitungan semula. Kita umat Islam di alaf baru sekarang telah banyak melahirkan ahli-ahli Sejarah Moden, Falak / Astronomi dan ahli-ahli Sains yang lain yang pastinya akan mengembang dan menyumbang kepada penguasaan ilmu pengetahuan kepada pembangunan ummah, InsyaAllah. 

Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.

Hukum Sambutan Maulidur Rasul 

Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika perisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wa Taala. 

Adalah tidak tepat pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah bid'ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat. 

Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat. Diantara pembesar yang menganjurkan sambutan ini ialah Malik Muzhaffar Abu Sa'id penguasa Irbil, Iraq. Dan seterusnya ia terus berkembang sehinggalah sekarang. Diantara ulamak besar yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul ini adalah harus dan digalakkan ialah; 

1. Said Ahmad Zaini Dahlan dalam kitabnya `Siratun Nabawiyah'. Antara lain beliau menyatakan bahawa; "masyarakat telah terbiasa berdiri tegak ketika mendengar riwayat kelahiran Rasulullah saw. Berdiri tegak menghormati kelahiran baginda adalah baik dan cara-cara seperti ini telah ditiru oleh cerdik cendikiawan lainnya." 


2. Imam Jalaluddin As-Sayuti lebih jauh menerangkan dalam kitabnya `Al-Wasail Fi Syarhisy Syamail' , menyatakan; "Apabila diadakan peringatan Maulidur Rasul di sebuah rumah, masjid atau tempat lain maka malaikat mengawal dan mengawasi tempat tersebut sampai upacara selesai dan semua hadhirin mendapat rahmat dari Allah subhanahu wa taala."


3. Ust. Hj. Harun Muhammad Al-Kelantani (1953) dalam kitabnya Senjata Syariat, Pakaian Ahli Sunnah Wal Jamaah menyatakan bahawa "dapat pahala bagi orang yang berdiri yang adalah niat mereka membesarkan Nabi saw.
Terima Kasih kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Ahad, 5 Februari 2012

Petua: Hilangkan Jerawat


Assalamulaikum & Salam Sejahtera

Hai semua, bersua lagi kita pada petang yang indah ni ya.
Hari ni ada sedikit petua warisan yang ingin dikongsi bersama anda semua.
Bagi yang ada masalah jerawat di muka bolehlah cuba petua ni.

1) Bancuh sesudu susu tepung dengan sedikit air. Tepek pada keseluruhan muka setiap malam. Setelah kering, bilas dengan air suam. Amalkan setiap hari.

2) Rendam beberapa keping asam gelugur selama satu malam. Tumbuk beberapa helai daun pucuk jambu hingga halus. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan sapukan pada keseluruhan muka. Amalkan dua kali seminggu.

SELAMAT MENCUBA...

Terima Kasih kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Selasa, 31 Januari 2012

Petua: Hilangkan Batuk Bayi


ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Hai semua, hari ni ada sedikit petua lagi yang ingin di kongsi bersama readers semua.
Mungkin keadaan cuaca sekarang tak menentu, so mungkin ada yang deman, batuk dan selsema. Sementara nak menunggu pergi ke klinik tu, bolehlah try petua ini dulu.
Manalah tahu kot-kot boleh meredakan keadaan yang kurang selesa tu.
Read More...

Terima Kasih kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Jumaat, 27 Januari 2012

Petua: Hilangkan Selsema


Assalamulaikum

Hai semua, dah lama tak updated blog. Hari ni terasa nak berkongsi sesuatu dengan anda semua.
Ada sesiapa mengalami selsema tak??
Dah pergi klinik jumpa doktor ke?
Banyak dapat ubat ke?

Penyakit selsema yang dialami menjadikan anda kurang selesa dan tidak senang dudukkan. Pastikan anda minum air kosong dengan kuantiti yang banyak dan kurangkan pengambilan makanan berminyak serta makan makanan yang mudah di cerna.

Kalau takut makan ubat, jom try petua tradisional ni:

1) Ambil beberapa batang sireh dan lap supaya ia bersih
2) Hancurkan batang sireh tadi sehingga mengeluarkan lendir
3) Sapukan lendir sireh tadi pada hidung anda 
5) Lendir sireh tadi bertindak melegakan selsema dan hidung anda yang tersumbat sebelum ini.

Petua ini adalah untuk orang dewasa. Lakukan langkah-langkah ini setiap hari sehingga selsema anda hilang.



Ini pula petua untuk bayi dan kanak-kanak yang mengalami selsema, petua ini sesuai untuk mereka.

1) Ambil kunyit hidup dan bersihkannya
2) Asah kunyit hidup tadi pada belakang pasu
3) Kemudian, sapukan hasil asahan kunyit tadi pada batang hidung bayi yang menghidap selsema.


Lakukan petua ini setiap hari, sehingga selsema anak anda sembuh sepenuhnya.


SELAMAT MENCUBA



Terima Kasih kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Isnin, 16 Januari 2012

Tutorial: Letak Ayat Di Bawah Setiap Post

ASSALAMUALIAKUM

Hari ni nak kongsi sedikit tutorial macam mana nak letak ayat di bawah setiap post.
Contohnya macam kat bawah ni: 

 

1) Dashboard > Design > Edit HTML
2) Tick Expand Widget Template
3) Tekan Ctrl+F dab cari kod ini:

 <data:post.body/> 

4) Kalau dah jumpa, anda copy kod di bawah ni, dan paste di bawah kod yang anda cari tadi


5) Preview dulu, kalau dah jadi baru save.









Terima Kasih kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Tutorial: Tukar Jenis Font Untuk Post Title & Sidebar Title

POST TITLE

1) Dashboard > Design > Edit HTML> Tick Expant Widget Template

2) Search kod ini: (tekan Ctrl+F untuk memudahkan pencarian) 


Kalau tak jumpa atau tak ada, cari kod ini pula

 

3) Bila dah jumpa kod di atas, anda akan jumpa kod ini pula

 

4) Dah jumpakan, then copy & paste kod di bawah ni, DI BAWAH kod yang anda jumpa di step yang ke-3 tadi

 

Kalau dah paste, perkataan warna Merah tu anda boleh tukar dengan nama font yang lain. Anda boleh cari nama font yang anda nak tu dekat Microsoft Work laptop or PC anda. 

SIDEBAR TITLE 

1) Stepnya lebih kurang sama dengan step yang di atas.

2) Anda hanya perlu cari kod ini

 

3) Kalau dah jumpa, cari kod ini pula

 

4) Kalau dah jumpa, paste kan kod ini di bawah kod yang di step 3 tadi.



5) Preview dulu, kalu jadi baru save.


SELAMAT MENCUBA...








Terima Kasih kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Khamis, 12 Januari 2012

3 cara boleh merosakkan Iman

Terdapat tiga cara bagaimana Iman bleh rosak

1.Melalui Iktikad
- melalui iktikad, iman boleh rosak dengan sebab2 berikut;
*kurang yakin atau ragu2 dengan satu atau lebih daripada sifat2 yg wajib bagi Allah
contohnye ragu dengan qudrat(kuasa) Allah sebaliknye yakin ada kuasa lain yang mmberi bekas
selain Allah
*ragu terhadap kuasa Qhaib seprti wujudnya malaikat,hari kiamat,alm barzakh dll
*ragu dengan satu atau lebih sifat2 nabi dan rasul
*ragu akan kemampuan islam sebagai pembawa keselamatan dan keadilan

2.perkataan
- Iman boleh rosak melalui perkataan yg diucap sama ada sedar atau tidak contohnya
*menyatakan Allah kejam zalim tidak adil dan lain2 yang mencacatkan kesempurnaannya
*mengata dan mencaci Rasullullah sama ada tentang perbuatan atau seluruh ajarannya
*meyatakan syariat Islam tidak sesuai untuk semua zaman , hanya sesuai untuk zaman unta dan
sebagainya
*menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal contohnya halalkan riba zina arak dan
judi

3.Perbuatan
- iman juga boleh rosak disebabkan perbuatancontohnya
*sujud kepada selain dari Allah cth patung ,pokok ,matahari dll
*meraikan atau membesarkan hari kebesaran agama lain .
Terima Kasih kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Selasa, 10 Januari 2012

Kisah Seram Volkswagen Kuning

Pada suatu malam, aku pandu kereta sorang-sorang di jalan yang sunyi berlanskapkan pokok-pokok kelapa sawit.Jalan ni memang terkenal dengan kisah seramnya.Sedang aku pandu dalam keadaan takut-takut berani, ada kereta Volkswagen beetle klasik warna kuning datang potong kereta aku. Lega aku dibuatnya sebab ade jugak orang lalu.

2 minit selepas tu kereta yang sama potong. Seminit lepas tu kereta yang sama lagi. Dan 10 lagi kereta yang sama potong kereta aku. Aku mula rasa menggelabah dan takut.

Aku pecut kereta aku potong kereta Volkswagen tadi. Aku pecut lagi, nampak kereta yang sama. Aku potong dan pecut lagi. Sampai dekat 5 kereta yang sama aku potong. Aku hati aku berbisik “Matilaaa aku.. camana nak buat lagi ni..”

Tiba-tiba aku nampak cahaya seperti Funfair lebih kurang 500 meter. Aku mula rasa lega selega-leganya. Sampai disana aku nampak banyak kereta Volkswagen beetle klasik warna kuning parking kat situ. Pastu aku nampak kat pintu gerbang “Volkswagen beetle Grand touring Classic” laaaaaaaaaaaaa…. Perlumbaan Waksegan rupanyer. Chesssssss!!!

Terima Kasih kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Tutorial: Border Di Luar Blog

Assalamualaikum

Di sini ada sedikit tutorial yang ingin di kongsi bersama anda semua.
Iaitu tutorial border di luar blog.
Dengan adanya border di luar blog, blog anda akan kelihatan kemas berbanding sebelumnya.
Anda boleh lihat contoh border di luar blog di blog saya.

1. Dashboard > Design > Edit HTML

2. Anda perlu cari kod ini. ( Tekan Ctrl+F untuk memudahkan pencarian)

.content-inner {


3. Copy & paste kod ini di bawah kod yang anda cari tadi.

border: 3px solid #000000;


Biru : kalau nak tukar tebal border tu
Merah : Kalau nak tukar jenis border [dashed] [dotted] [solid] pilihlah salah satu.
Hijau : kalau nak tukar warna border tu. Kod warna sila klik  DI SINI

4. Kalau dah siap boleh save  dan lihat hasilnya.

                                               
SELAMAT MENCUBA...

Terima Kasih kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!