Jumaat, 27 Januari 2012

Petua: Hilangkan Selsema


Assalamulaikum

Hai semua, dah lama tak updated blog. Hari ni terasa nak berkongsi sesuatu dengan anda semua.
Ada sesiapa mengalami selsema tak??
Dah pergi klinik jumpa doktor ke?
Banyak dapat ubat ke?

Penyakit selsema yang dialami menjadikan anda kurang selesa dan tidak senang dudukkan. Pastikan anda minum air kosong dengan kuantiti yang banyak dan kurangkan pengambilan makanan berminyak serta makan makanan yang mudah di cerna.

Kalau takut makan ubat, jom try petua tradisional ni:

1) Ambil beberapa batang sireh dan lap supaya ia bersih
2) Hancurkan batang sireh tadi sehingga mengeluarkan lendir
3) Sapukan lendir sireh tadi pada hidung anda 
5) Lendir sireh tadi bertindak melegakan selsema dan hidung anda yang tersumbat sebelum ini.

Petua ini adalah untuk orang dewasa. Lakukan langkah-langkah ini setiap hari sehingga selsema anda hilang.



Ini pula petua untuk bayi dan kanak-kanak yang mengalami selsema, petua ini sesuai untuk mereka.

1) Ambil kunyit hidup dan bersihkannya
2) Asah kunyit hidup tadi pada belakang pasu
3) Kemudian, sapukan hasil asahan kunyit tadi pada batang hidung bayi yang menghidap selsema.


Lakukan petua ini setiap hari, sehingga selsema anak anda sembuh sepenuhnya.


SELAMAT MENCUBA



Terima Kasih kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

8 ulasan:

  1. koi ni baru sembuh dari selsema..hehe

    BalasPadam
  2. wah, bgus tu ada petua utk replca ubat. mmg xshuka mkn ubat, ni pun baru smbuh dari selsema. DUlu guna daun sireh wktu kecik sbb nk halang dari hidung terus berdarah.heehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. eh smpai brdarah hidung..bahaya betul la..hehee

      Padam
  3. ahahahahaha....nyue pon suka bab petua2 nie...nice :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok bagus la tu... boleh amalkan selalu k...hehe

      Padam
  4. Terima kasih sangat sebab share kn psl tips ni... bole try kat baby nnt.. tq so..much...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2.. try la, insyaallah brhasil...

      Padam