Selasa, 31 Januari 2012

Petua: Hilangkan Batuk Bayi


ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Hai semua, hari ni ada sedikit petua lagi yang ingin di kongsi bersama readers semua.
Mungkin keadaan cuaca sekarang tak menentu, so mungkin ada yang deman, batuk dan selsema. Sementara nak menunggu pergi ke klinik tu, bolehlah try petua ini dulu.
Manalah tahu kot-kot boleh meredakan keadaan yang kurang selesa tu.
Read More...

 Antara petua-petua yang boleh digunakan ialah:

1) 1 sudu kecil madu asli untuk kanak-kanak dan bayi. Jika rasa madu terlalu pekat tambahkan sedikit air untuk mencairkannya. Orang dewasapun boleh amalkan juga makan madu ni jika batu. Untuk orang dewasa 1 sudu besar.

2) Cara lain pula, menggunakan kunyit hidup atau bawang putih. Kunyit hidup, di gosok pada permukaan kasar contoh pasu bunga, batu lesung. Cara ni untuk mendapatkan serbuknya, iaitu hasil gosokkan tadi.
Serbuk kunyit tadi dicampurkan dengan minyak masak, kemudian disapukan pada dada bayi.

3) Cara menggunakan bawang putih pula, bawang putih dibakar,jangan bakar sampai hangit. Selapas itu gosokkan bawang putih pada permukaan kasar. Ambil hasil gosokkan tadi dan sapukan pada dada bayi.

4)  Cara yang ini pula untuk batuk berkahak dan selsema. Cara ni menggunakan daun kaduk. Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti.

5) Cara ini pula untuk bayi yang dah boleh mengunyah. Amalkan makan kismis sebanyak 21 biji sehari. Insyaallah, batuk akan hilang.

6) Ambil daun bunga tahi ayam. Ramaskan dengan dengan kapur sirih sampai berlendir kemudian sapukan pada tengkuk dan dada bayi.







Terima Kasih kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

1 ulasan: