Rabu, 24 Ogos 2011

Kecederaan Di kalangan Kanak-kanak

Anak merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Sebagai ibu bapa, kita mahu memberikan yang terbaik untuk anak-anak dan ini bukanlah sesuatu yang mudah.Kita sering bimbang tidak menentu tentang pemakanannya, tumbesaran, kesihatan, perkembangan, pelajaran dan bermacam-macam lagi.Bagaimanapun, satu daripada kebimbangan yang paling ketara ialah keupayaan kita sebagai ibu bapa untuk melindungi anak-anak daripada kecelakaan dan bahaya.Mungkin di kalangan kita menyalahkan ibu bapa atau penjaga kanak-kanak terbabit yang gagal mengawasi atau memberi perhatian sehingga menyebabkan kemalangan seperti itu berlaku. Begitu pun, ibu bapa atau orang dewasa lain tidak wajar dipersalahkan sepenuhnya jika kejadian seperti itu menimpa. Menurut Pengarah KALAN, Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia' (UTM), Skudai, Johor, Profesor Madya Dr. Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi,42, aktiviti cergas merupakan perkara biasa bagi kanak-kanak. Katanya, sudah menjadi lumrah atau sifat naluri semula jadi kanak- kanak yang sentiasa bergerak aktif atau berkeinginan untuk mengetahui dan melakukan sesuatu yang mungkin bakal memudaratkan diri mereka. Sering disebut orang malangtidak berbau. Namun, sesuatu yang buruk mungkin dapat dielak jika seseorang mengambil langkah berjaga-jaga dan berhati-hati. Terjatuh (disebabkan oleh tergelincir, tersandung, terlanggar atau terhantuk) menjadi punca utama kecederaan sambil disusuli oleh luka dan tercucuk benda-benda tajam. Begitu juga halnya dalam kejadian kanak-kanak terjatuh dari kediaman bertingkat yang semakin kerap berlaku akhir-akhir ini. Terbaru membabitkan kanak-kanak berusia tiga tahun, Nurul Ain Ashikin Shahbudin, yang terjatuh dari tingkat 14, Flat Pelangi Damansara, Petaling ]aya, Selangor. Kejadian malang yang menyedihkan itu sepatutnya boleh dielak dan tidak sepatutnya berlaku apatah lagi kepada kanak-kanak. Kejadian kanak-kanak jatuh daripada rumah pangsa, kondominum atau kediaman yang bertingkat atau sebagainya telah banyak dipaparkan dalam media sejak akhir-akhir ini. Kemalangan itu bukan sahaja menyebabkan kecederaan parah, malah kebanyakannya membawa maut kepada kanak-kanak yang terbabit. kanak-kanak terjatuh dalam baldi di bilik air harus dijadikan iktibar kepada ibu bapa. Ini kerana bilik air boleh menjadi tempat berbahaya jika dibiarkan kanak-kanak bawah usia enam tahun bermain atau mandi sendirian kerana mereka boleh jatuh kerana licin.Berikut adalah panduan keselamatan di bilik air: Pastikan jubin bilik mandi jenis tidak licin. Banyak kecederaan patah tulang dan terseliuh disebabkan terjatuh. Pastikan semua tempat simpanan air ditutup selepas digunakan kerana kanak-kanak boleh terjatuh ke dalamnya dan lemas. Mereka boleh lemas di dalam air yang sedikit di dalam baldi, walaupun ia hanya sedalam 15 - 30 sentimeter. Bayi dan kanak-kanak kecil yang dimandikan tidak boleh ditinggalkan sendirian, walaupun sekejap. Mereka mungkin jatuh tertonggeng dan lemas. Bawa bayi anda bersama jika anda terpaksa mengalih perhatian kepada sesuatu dalam keadaan tergesa-gesa. Jangan sekali-kali mandikan anak kecil di dalam sinki kerana ini boleh menyebabkan kecederaan mereka terhantuk pada tepi sinki dan akan berlaku retak tempurung kepala atau pendarahan otak. Kanak-kanak harus dimandikan di dalam besen di atas lantai supaya mereka tidak mudah jatuh Anak yang jatuh dari ketinggian 2 atau 3 kaki boleh cedera teruk. Rumah anda mempunyai sesuatu kawasan di mana anak boleh ditimpa kecederaan ini. Kawasan yang berbahaya ialah di tangga, tingkap dan berandah. Oleh itu, ibu bapa mesti sentiasa berwaspada. Ibu bapa yang memberi perhatian kepada prinsip-prinsip berikut boleh mengelakkan kecederaan.Jangan tinggalkan bayi bersendirian di katil, sofa atau meja menukar lampin. Jika hendak menjawab telefon atau membuat kerja lain, bawa bayi bersama. Pastikan tangga tidak gelap dan tiada barang-barang bertaburan. Kawasan tangga bukannya tempat untuk bermain. Gunakan pagar keselamatan di atas dan di bawah tangga untuk mengelakkan anak daripada turun naik tangga sesuka hati. Jauhkan anak daripada bermain di berandah atau bumbung rumah. Jauhkan perabot dari tingkap kerana anak boleh memanjat perabot yang berhampiran. Jangan tinggalkan anak yang berumur 1-2 tahun di dalam bilik mandi bersendirian. Pastikan jubin bilik mandi daripada jenis yang tidak licin. Untuk memahami bagaimana hendak mencegah dari berlakunya kemalangan , tiga faktor mesti diambil kira . Faktor hos tidak boleh diubah . Ibu bapa mesti memahami kebolehan bayi atau kanak - kanak kerana ini akan menentukan jenis kemalangan yang akan berlaku . Faktor agen boleh dikawal . Benda - benda yang beracun , senjata - senjata , alat - alat yang merbahaya boleh disimpan ditempat yang tidak boleh diambil oleh kanak - kanak .Faktor persekitaran boleh diubahsuaikan . Kalau bayi dibawa naik kereta , tali kelendar dipasangkan dan pintu dikunci dengan ' child lock ' . Mestilah juga ditentukan tidak ada benda yang merbahaya seperti api atau kolam renang yang terdedah . Bayi mestilah diletakkan didalam tempat tidur atau tempat permainan yang selamat . Jalanraya adalah tidak selamat untuk kanak - kanak di bawah usia tujuh tahun . Mereka tidak patut dibiarkan berjalan atau berbasikal perhatian dari orang dewasa . Disiplin dijalan raya mesti disemaikan sebelum mereka boleh dibiarkan bersendirian . Kesimpulannya berbagai - bagai kemalangan boleh berlaku kepada kanak - kanak . Jika faktor - faktor yang boleh mendatangkan kemalangan difahami dan langkah - langkah yang sewajarnya diambil , kebanyakkan kemalangan di kalangan kanak - kanak boleh dicegah .
Terima Kasih kerana Sudi Membaca Entry Saya! Like Kalau Suka!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan